YKAT ZIARAH AR BADUL

February 19, 2019

Pada 19 Februari 2019 pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah melawat pelakon dan pelawak AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie. Badul dikejarkan ke IJN pada pukul 4 petang selepas mengadu sakit dada dan berpeluh-peluh ketika sedang menyiapkan skrip.

 

 

 Foto Datuk DJ Dave menyerahkan sumbangan kepada AR Badul

 

 

Kata isterinya, Maizatul. Beliau diserang penyakit jantung dan kini dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU), IJN namun berada dalam keadaan stabil. Doktor juga sudah memasukkan dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah beliau. Pembedahan ini dipanggil angiogram

 

Pihak YKAT yang dihadiri oleh Pengerusi Datuk DJ Dave, Dato’ Nash, Mr Kanagarajan dan Mr Colin Lionel Edmonds turut menyampaikan sumbangan kepada seniman itu. Kelihatan Dato’ Muhammad Zahid Md Arip (Setiausaha Politik Perdana Menteri) turut melawat AR Badul.

 

 Foto Datuk DJ Dave bersama S. Atan (kanan sekali)

 

Selain itu, YKAT juga telah menziarahi S. Atan di Hospital Kajang dan Wafaa di Institut Kanser Negara pada hari Jumaat lepas. Untuk butiran lanjut mengenai program YKAT boleh terus menghubungi Pengurus YKAT - Cik Salmiyah di talian 03-2276 3327. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.