IAMNEETA BAKAL MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU 'ILUSI'


Setelah single terdahulu berjudul 'Sakit' berjaya meraih hampir 8 juta viewers di Youtube, IamNeeta yang kini masih di bawah naungan NAR Records akan tampil dengan single terbaru yang berjudul 'Illusi' pada awal mac 2019.


Kalau lagu 'Sakit' mengisahkan ttg kisah percintaan yg penuh dengan rasa kekecewaan, Illusi pula tampil mengisahkan tentang dimana pasangan yang mengharapkan kesempurnaan terhadap pasangan dalam perhubungan mereka.


Lagu ini ciptaan sepenuhnya Patrick Anohada yang juga pemain gitar utama di samping Neeta selaku vokalis dan Anas di posisi basis. Bila di tanya kenapakah hampir kesemua lagu IamNeeta di hasilkan sendiri, Patrick mengatakan sebelum ini ada juga mencuba kerjasama dgn komposer lain, tetapi 'feel and touch' tidak sampai dan mereka lebih memilih untuk menggunakan hasil ahli band sendiri yang lebih faham apa yg mereka inginkan.


"Lagu ini tidak ada kena mengena dgn diri saya tetapi saya menciptakan lagu ini mengikut ttg cerita yg byk trjadi dalam perhubungan percintaan. Bukan hanya tentang percintaan bersama pasangan, tetapi juga tentang kongkongan yang sering terjadi (dari pasangan,keluarga atau lain-lain). Kita sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan yang kita jalin", sambung Patrick.


Dalam perkembangan lain, khabarnya ahli band mereka, Anas sedang menyambung pelajaran di Russia dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. "Kami mengambil keputusan untuk tetap mengekalkan Anas dalam IamNeeta dan memberi ruang kepada Anas utk menghabiskan pelajarannya". Di samping itu juga, Patrick juga sedang giat mengendalikan travelog di saluran Youtube nya sendiri.


Neeta juga tidak ketinggalan berasa teruja dengan kehadiran single terbaru ini walaupun pada mulanya merasa janggal selepas Anas pergi melanjutkan pelajaran. Kata Neeta " Saya harap single ini dapat beritahu pada peminat yang kami masih ada dan sentiasa ada serta berharap lagu ini dapat di terima oleh pendengar dan terus menyokong kami", kata Neeta mengakhiri perbualan.


'Illusi' akan mula diperdengarkan disemua platform media sosial pada awal Mac 2019. Semoga dengan kelahiran single terbaru ini bakal mengubati rindu peminat IamNeeta.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.