BIKERS KENTAL 2 PADAT AKSI, BAKAL TEMUI PENONTON MAC 2019

February 21, 2019

 

 

Industri filem tanah air bakal digegarkan dengan satu lagi filem blockbuster tempatan, Bikers Kental 2 yang menggabungkan gaya hidup kumpulan ‘bikers’ dengan pemandangan indah di sekitar Thailand.

 

Diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang pernah mengarahkan “Bikers Kental dan Bopeng” filem ini mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Porntit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand. Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium). Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Awie yang mainkan watak Eddie Cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan.

 

Filem ini adalah filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd, menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. Ia turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.

 

“Kami mahu menarik minat, terutama sekali dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran” kata Kamal Akram Ibrahim, pengarah urusan syarikat MRB Network. “Aksi mendebarkan lagi menyentuh perasaan Bidin al zaifa dan Eddie pastinya menjadi tumpuan beserta dengan kisah bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama.”

 

Helmi mahu menarik perhatian para peminat filem tempatan menerusi penglibatan Zizan dan Awie, yang kedua-duanya merupakan pelakon berjaya dan berpengalaman di dalam industri perfileman.

 

“Elemen komedi merupakan resepi utama di dalam menjayakan filem ini, beserta dengan kerjasama baik serta chemistry antara Zizan dan Awie,” kata Helmi. Filem ini dirakam menggunakan peralatan yang tercanggih, beresolusi definisi tinggi dengan bantuan kamera  ARRI ALEXA.

 

“Kami mahu para penonton benar-benar dapat menyelami watak-watak yang dilakonkan dan mengetahui betapa sukarnya untuk menjayakan filem berkenaan,” jelas Helmi.

 

Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2019 di semua panggung wayang  berdekatan dengan anda!

GALERI | DISEBALIK TABIR PEMBIKINAN FILEM ' BIKERS KENTAL

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.