CABAR TAHAP KEPEDASAN ANDA DENGAN MENU MASA TERHAD KFC 'GHOST PEPPER' BAHARU

February 21, 2019

 

KFC Malaysia menghangatkan suasana dengan hidangan masa terhad terbaharu, KFC Ghost Pepper. Diilhamkan daripada rasa Ghost Pepper yang dikenali sebagai salah satu cili terpedas di dunia, menu terbaharu ini dicipta bagi memberi debaran kepedasan yang dicetuskan daripada setiap gigitan.


Turut dikenali sebagai “bhut jolokia”, cili Ghost Pepper ini terkenal dengan sensasi pedas yang menyengat deria rasa secara perlahan, bermula dengan kehangatan sederhana yang dilipatgandakan melalui setiap gigitan. Kepedasan yang mengujakan ini kini boleh dinikmati menerusi KFC Ghost Pepper Zinger burger dan Twister terbaharu. Dihidangkan secara istimewa di dalam ban burger dan tortilla merah, ayam KFC Zinger kegemaran ramai disapu sos Ghost Pepper dan mayonis, serta dihiasi hirisan timun jepun, tomato serta nacho BBQ rangup.


"Jika anda seorang penggemar makanan terutamanya hidangan pedas, anda wajib mencuba KFC Ghost Pepper. Ianya unik dan memberikan kenikmatan rasa pedas yang berbeza. Kami juga berbangga kerana menjadi antara yang pertama di pasaran untuk memperkenalkan Ghost Pepper ke dalam menu kami. Sajian ini hanya terdapat buat masa terhad, jadi cubalah hari ini!" Kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi, KFC Malaysia.


KFC Ghost Pepper Zinger burger dan Twister boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM10.90 (Zinger burger) dan RM8.90 (Twister). Untuk hidangan lengkap, pelanggan boleh memilih hidangan KFC Ghost Pepper combo bersama sampingan kentang goreng dan minuman ringan Mirinda Strawberry. Manakala, hidangan box didatangkan dengan tambahan seketul ayam.

 


KFC Ghost Pepper boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula 21 Febuari 2019, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.