DISKAUN HEBAT SERTA BAUCAR RM500,000 SEMPENA SHOPEE SUPER BRAND DAY

February 23, 2019

 

 

Tugas membersih dan mengemas rumah, pada suatu masa dahulu dianggap sebagai kerja remeh dan membebankan, kini disifatkan sebagai paling bergaya. Memandangkan trend ini sudah menjadi satu sensasi global, semakin ramai orang menyahut cabaran untuk mempermudah urusan mengemas rumah mereka dengan mengikuti beberapa peraturan asas. 

 

Pakar-pakar telah berkongsi hasil penyelidikan dan kajian mereka yang menunjukkan bahawa mengemas rumah adalah satu tugas penting. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa usaha menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dengan mengemas dan membuang barang yang tidak mendatangkan kebahagiaan tetapi juga dengan membersihkan lantai, tingkap, bilik mandi, dapur dan pada asasnya setiap permukaan dan ceruk dalam rumah. 

 

Menjaga kebersihan dan menyenggarakan rumah adalah juga satu keperluan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan mesra demi kesejahteraan keluarga, terutama sekali keluarga yang sedang membesarkan anak-anak. Rumah yang ceria membantu melenyapkan tekanan dan ketegangan yang disebabkan persekitaran yang berselerak. Dengan demikian, ibu bapa kurang terganggu dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan kreatif untuk anak-anak membesar. 

 

Shopee memahami betapa pentingnya kita mempunyai rumah yang sihat, dan telah merancangkan Super Brand Day bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, yang dijadualkan dari 25 Februari hingga 3 Mac. Jenama di bawah Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, khususnya Dettol, Enfagrow A+, Sustagen, Durex, Vanish dan Air Wick akan menyertai kempen ini dengan menawarkan produk dengan harga jauh lebih rendah. 

 

Sepanjang tujuh hari itu, pelanggan boleh merebut pelbagai tawaran hebat, termasuk tawaran RM1 pada 28 Februari. Shopee Super Brand Day menawarkan diskaun sehingga 85% dan Jualan Mengejut harian, serta perkhidmatan penghantaran segera kepada pengguna Shopee. Manfaatkan sepenuhnya nilai wang ringgit anda dan rebutlah baucar menarik sehingga RM500,000. Selain itu, mereka yang membuat perbelanjaan harian paling tinggi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan banyak lagi.

Untuk butir-butir lanjut, sila ke laman https://shopee.com.my/m/rb-super-brand-day 
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.