MIRA FILZAH KINI DUTA PAYUNG TERJUN

February 24, 2019

 

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan graduan jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Di samping berlakon, beliau juga berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan miliknya sendiri.

 

Terbaru, Mira Filzah telah dilantik sebagai Duta kepada Malaysian Parachute Association (MyPA), atas minat mendalam beliau dalam sukan ekstrem ini. Ini dapat dilihat daripada keberanian beliau mencuba sukan payung terjun ini secara tandem dari aras 15,000 kaki baru-baru ini. Sebelum itu, Mira Filzah juga telah melengkapkan sesi latihan indoor didalam "windtunnel" di iFly Sydney.

 

Keterlibatan secara langsung MyPA adalah melalui Presiden persatuan ini sendiri iaitu Kapt. (B) Amar Aziz. Beliau merupakan insan yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sukan payung terjun ini kepada Mira Filzah. Dan beliau juga adalah orang yang merancang dan menguruskan sesi terjunan tandem Mira Filzah di Sydney, Australia.

 

Berdasarkan kepada pencapaian Mira Filzah setakat ini, MyPA merasakan bahawa beliau adalah ikon yang paling sesuai untuk menjadi Duta yang pertama. Mempunyai lebih dari 4 juta pengikut di laman media sosial Instagram, beliau telah membuktikan bahawa sukan payung terjun mampu menarik minat ramai orang berdasarkan maklum balas yang telah diterima. Ini sejajar dengan matlamat MyPA untuk mengembangkan sukan ini di tanah air sekaligus sama-sama memartabatkan sukan ini setanding dengan sukan-sukan teras dan sukan ekstrem yang telah lama bertapak di Malaysia.

 

Kredit foto: FB Mira Filzah


Tidak mustahil jika melalui program ini, Mira Filzah selaku Duta Persatuan Payung Terjun  Malaysia suatu hari nanti mampu dan layak untuk melakukan aktiviti ini secara solo dan bergelar Penerjun Bebas yang diperakui.

 

LATAR BELAKANG MALAYSIAN PARACHUTE ASSOCIATION (MyPA)

 

Malaysian Parachute Association (MyPA) adalah badan sukan peringkat kebangsaan yang mentadbir semua kelab payung terjun di Malaysia bermula dari 27 Disember 2018. Didaftarkan secara rasmi dibawah Pendaftar Sukan Malaysia (ROSA) sebagai "Persatuan Payung Terjun Malaysia" pada 2019, organisasi ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk membangunkan, mencungkil bakat baru penerjun payung tempatan, meningkatkan peraturan payung terjun kebangsaan, menjalankan acara, serta bekerjasama dengan agensi lain untuk memupuk dan membawa kesedaran kepada orang ramai tentang sukan yang ekstrem ini.

 

Walaupun MyPA baru sahaja didaftarkan baru-baru ini, sejarah organisasi ini bermula sejak tahun 2009. Inisiatif yang mula diperkenalkan oleh Kapten (B) Amar Aziz (Kapt. Amar) dan 5 anggota lain yang dikenali sebagai "Nukleus 5" yang ditubuhkan pada tahun 2013, organisasi ini telah bekerjasama dengan agensi lain seperti ATM, PDRM, dan BOMBA untuk membangunkan payung terjun awam Malaysia. Mempunyai rekod penganjuran bersama yang cemerlang dalam Kejohanan Payung Terjun Angkatan Malaysia mulai 2015 sehingga 2018. Pencapaian terawal MyPA adalah dengan menyertai Kejohanan Skydiving Indoor Asiania 2018 di Chongqing, China. MyPA di bawah kepimpinan Kapt Amar telah mengumpulkan atlet tempatan dan mewujudkan pasukan kebangsaan untuk bersaing dalam acara antarabangsa ini, dan sekaligus membuka minat ramai orang terhadap sukan payung terjun .

 

Objektif penubuhan MyPA adalah seperti berikut:

 

  • Membangun bakat tempatan dalam sukan payung terjun;

  • Mewujudkan kesedaran dan pendidikan dalam sukan payung terjun;

  • Mengembangkan bakat penerjun yang berkelayakan untuk bertanding atau menjadi hakim pertandingan di peringkat antarabangsa;

  • Membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikawal selia secara sistematik dan berintegrasi untuk sukan payung terjun dan indoor skydiving di Malaysia.

 

Keahlian MyPA terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat menjadi sebahagian daripada sejarah payung terjun di Malaysia. Tidak kira anda adalah seorang penerjun bebas atau tidak, MyPA mengalu-alukan anda untuk bekerjasama dengan kami bagi memenuhi objektif yang telah dirancang.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Unit Perhubungan Awam

Malaysian Parachute Association (MyPA)

Emel: info@mypa.org.my

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.