HUAWEI LANCAR TELEFON PINTAR BOLEH LIPAT: HUAWEI MATE X


Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar dengan skrin paparan boleh lipat (foldable) yang turut menjadi telefon pintar pertama dengan keupayaan 5G syarikat itu. Huawei Mate X hadir dengan reputasi telefon pintar boleh lipat 5G terpantas didunia dan merupakan telefon pintar dengan skrin paparan OLED fleksibel selepas Samsung Galaxy Fold.


Huawei Mate X didatangkan dengan cipset modem 5G terbaik pada masa kini, Balong 5000 yang disuaipadankan bersama pemproses 7nm Kirin 980, 8GB RAM dan 512GB setoran memori dalaman.


Sementara itu, skrin paparan yang dimilik Huawei Mate X pula ketika dalam keadaan lipat panel skrin hadapannya berukuran 6.6 inci (2480 x 1148) dan skrin pada bahagian belakang berukuran 6.38 inci (2480 x 892) manakala keluasan penuh 8.0 inci (2480 x 2200) apabila skrin di buka sepenuhnya dengan ketebalan badan 5.4mm


Huawei Mate X dilengkapi dengan kamera swafoto terbaik dari Leica apabila kamera hadapan dapat berfungsi sebagai kamera belakang dan pengguna dapat melihat gambar potret secara lansung melalui panel skrin hadapan atau belakang.


Huawei Mate X dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mana ianya diasingkan kepada 2 sel bateri. Bagi melengkapkannya, Huawei Mate X dihadirkan bersama teknologi penjimatan kuasa pintar bagi memenuhi keperluan prestasi gunakuasa bateri era 5G. Pengejas 55W Huawei Supercharge yang membolehkan bateri dicaj ke tahap 85% dalam masa 30 minit sahaja.


Selain itu Huawei Mate X turut dilengkapi dengan fitur dwi- SIM yang menyokong (4G dan 5G). Sementara itu cipset Balong 5000 merupakan cipset pertama didunia yang menyokong binaan NA serta NSA yang mana pengguna kelak tidak memerlukan naik taraf telefon untuk menikmati sambungan rangkaian 5G.


Huawei Mate X dijangka memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan tahun 2019 dalam satu warna sahaja iaitu Blue Interstellar pada harga yang dianggarkan bermula dari RM10600


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.