HKTDC PERKENAL PRODUK GAYA HIDUP HONG KONG KE PASARAN MALAYSIA

February 27, 2019

 

Selain daripada menjadi hab membeli-belah serta lokasi pembikinan drama TV hebat yang menjadi tontonan ramai, Hong Kong juga merupakan salah satu tempat kelahiran bagi banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif. Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dari Hong Kong ini di arena antarabangsa.

 

Kini, DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia. Sebanyak 12 jenama terkenal telah ditampilkan kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama (Sayap Baru Tingkat LG Highstreet) dari 20 hingga 24 Februari 2019  dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG ) dari 20 hingga 26 Februari 2019.


Dua belas jenama DG Studio adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab and Team Green. Kesemua 12 jenama berkenaan mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, yang biasanya dijadikan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang membuat produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk harian pengguna.


“Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia, kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk yang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda,” kata Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC.

 


Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu. 

 

 

 


Konstar pula mengutamakan kepada peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah RedDot Design.

 

“Saya masih sukar untuk mempercayai bahawa betapa pantas saya dapat mengupas epal dengan hanya menggunakan pengupas Super Apple Peeler ini. Produk ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja pada kerja yang biasanya mengambil beberapa minit untuk menyiapkan. Super Apple Peeler ini menerima anugerah kehormatan Reddot 2014. Rekaan Salad Master yang turut meraih anugerah Reddot 2014 juga tidak kurang pintarnya. Apa yang saya pasti adalah saya tidak akan kembali kepada kaedah-kaedah lama yang konvensional!” kata Pengacara dan Personaliti TV, Dahlia Shazwan yang berkesempatan menunjukkan kaedah penggunaan produk tersebut.


“Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Hadiah ini yang sudah tentu akan mampu mencetuskan kesedaran,” kata Eyka Farhanna, aktres popular Malaysia yang hadir pada majlis memperkenalkan produk-produk tersebut.

 

 


 

 

Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau bukan bermakna sesuatu yang bosan.

 
Bercakap mengenai cintakan hijau, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukkannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang berharap mempunyai tanaman herba sendiri.

 

 

 


Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Disuntik dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server, sememangnya direka bagi membangkitkan minat dan mencetuskan senyuman pada sesiapa pun yang melihatnya. 

 

 

 


Mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab, mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran dalam kalangan penggemar teh.

 

 

 

Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris.


“Mini Selfie Stick Hyone dengan kawalan jauh bluetooth dan tripod mini ini banyak membantu bagi personaliti-personaliti Instagram seperti saya,” kata Venice Mini, seorang influencer media sosial. 

 

Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.

 

Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.

 

 

 

Sementara itu, SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal B.Wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira dan mengagumkan mereka.

 

 

Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.


“Produk-proudk daripada 12 jenama di bawah DG Studio ini sangat menarik. Saya berbangga dapat berkerjasama dengan jenama-jenama ini dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan banyak menghargai  kreativiti sesuatu produk itu, selainnya dibuat daripada bahan-bahan terbaik dan kerjatangan yang berkualiti,” kata Jee Eng. Pengguna yang berminat untuk mendapatkan produk-produk DG Studio boleh terus berkunjung  ke cawangan kedai-kedai berikut.

 

  • Parkson Elite di Pavilion KL

  • Parkson di 1 Utama Shopping Centre

  • CM3 di Sunway Pyramid

  • Times Bookstore di Pavilion KL

  • Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre

  • Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.