ZONTES MALAYSIA PERKENAL 4 MODEL BAHARU JENTERA MOTORSIKAL ZONTES KE PASARAN MALAYSIA

Zontes Malaysia sebagai pengedar baru di dalam pasaran motosikal Malaysia

  • Jenama motorsikal buatan China yang dihasilkan oleh Guangdong Tayo Motorcycle Co. Ltd

  • Perkenal 4 model terbaharu ke pasaran Malaysia terdiri dari segmen adventurer, sport-tourer dan naked

  • Kesemua model yang diperkenalkan memfokus pada inovasi, teknologi tertinggi dan prestasi terunggul.

Zontes Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan satu jenama motorsikal premium yang dibawa masuk kepasaran Malaysia. Sebanyak 4 model baharu telah diperkenalkan yang memfokus kepada segmen jentera ringan. Zontes Malaysia yakin, jenama ini akan mendapat perhatian dari peminat motorsikal di negara ini.


Jenama Zontes memenuhi permintaan yang semakin sukar bagi motorsikal yang merangkumi prestasi, inovasi, teknologi, gaya, kualiti, keselesaan, kebolehcapaian dan praktikaliti, dengan harga yang kompetitif. Kerana inilah kesemua model Zontes ini termasuk ciri-ciri hebat yang berada di dalam segmen motosikal yang lebih besar dan lebih mahal. Semua dibina untuk menjadi lebih praktikal dalam setiap keadaan menunggang. Malah, Zontes dibina atas falsafah inovasi dan kualiti.


Model serta harga untuk motorsikal Zontes bagi pasaran Malaysia.

(harga tanpa cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran kenderaan)

Zontes tidak berkompromi tentang aspek kualiti serta inovasi pada setiap model yang dihasilkan, jesteru kesemua model keluaran Zontes direka dengan rekaan gaya futuristik, berani, tiada tandingan serta unik. Setiap model hadir dengan paparan digital TFT penuh, lampu LED, bateri lithium-ion pintar dan juga Sistem Brek Anti-Kunci ABS dua saluran Bosch M9.1.


Kesemua model keluaran Zontes dibina atas platfrom enjin, kerangka dan chasis yang sama bagi mengelakakan penunggang dari berdepan dengan sebarang isu untuk mendapatkan alat ganti. Zontes Malaysia juga berkerjasama erat dengan jaringan pengedar bagi memastikan setiap pelanggan mendapat akses kepada khidmat lepas jualan yang standard dan terbaik.


Sementara itu , kesemua jentera Zontes dikuasakan oleh enjin silinder 4 lejang tunggal 312cc DOCH yang dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 34.8hp dan tork 30Nm serta kadar pecutan sehingga 160km/j dengan penggunaan bahan api 3.2 liter /100km/j. Ini bermakna setangki penuh dengan kapasiti 15 liter, membolehkan jentera Zontes mampu ditunggang sejauh 450km bergantung kepada gaya tunggangan seseorang.

ZONTES ZT310-T


Zontes ZT310-T merupakan jentera motorsikal dalam kategori motosikal pengembaraan (ADV).Perbezaan ketara yang ada pada ciri-ciri model ini termasuklah cermin pelindung hadapan yang boleh dilaras secara mekanikal, pelindung tangan, pelindung lumpur (mudguard) dan bar pelindung kemalangan tingkat tinggi Zontes ZT310-T berharga RM 21,600.00 (harga jualan asas tanpa cukai jalan, insurans dan plat nombor). Zontes Malaysia menawarkan kumpulan pertama model ZT310-T dengan kotak atas eksklusif (top box) dan kotak sisi (pannier).


ZONTES ZT310-R


The Zontes ZT310-R adalah model motorsikal dalam ketegori neked sportbike dengan ciri-ciri rekaan futurikstik. Perbezaan ketara untuk model ini boleh dilihat di bahagian lampu hadapan dan belakang dengan rekaan yang begitu unik. Kombinasi rekaan lampu hadapan dengan sarung radiator memberikan kesan tampak maskulin serta futuristik dari sisi hadapan. Sementara itu lampu belakang pula dipasang secara menyerong ke bawah memberikan gaya penampilan yang tersendiri dan agresif.

Zontes ZT310-R berharga RM 19,800.00 (harga jualan asas tanpa cukai jalan, insurans dan plat nombor).


ZONTES ZT310-X AND ZONTES ZT310-X GP


Zontes ZT310-X pula merupakan model dalam ketegori '