PKNS TAWAR RUMAH MAMPU MILIK TERBAIK DI CYBERJAYA

March 3, 2019

Digamit dengan kos sara hidup ketika ini yang kian meningkat, orang ramai terutamanya golongan muda lebih terdorong membeli rumah pada kos yang lebih rendah. Bak kata pepatah 'Ukur Baju Di Badan Sendiri', kini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS sedang bergiat aktif membangunkan kediaman rumah Selangorku berkonsepkan Rumah Mampu Milik selaras dengan saranan Kerajaan Negeri supaya membina lebih banyak Rumah Mampu Milik  yang sekaligus membawa manfaat kepada rakyat Malaysia khusus rakyat negeri Selangor.

 

Terbaru PKNS sedang membina rumah selangorku di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), Cyberjaya iaitu Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi yang mempunyai 864 unit kediaman dengan keluasan 1000 kaki persegi termasuk 4 kediaman khusus untuk orang kurang upaya (OKU).

 

Dengan harga tawaran sebanyak  RM232,000.00 seunit sahaja pembeli dapat mengidamkan kediaman 3 bilik tidur 2 bilik air dengan 2 ruang parkir setiap unit. Tambahan pula SCV berhampiran dengan:-

 

* Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
* Putrajaya  ( 17 km )
* KLIA ( 29 km )
* D’Pulze ( 7 km )
* Shaftbury Square ( 8 km )
* Centrus Mall ( 7 km )
* Universiti Multimedia - MMU ( 4 km )
* Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km )
* Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km )
* Universiti Islam Malaysia ( 7 km )
* Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km )
* Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km )
* Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km )
* Kolej FTMS ( 5 km )
* Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km )
* Kolej Universiti Mahsa ( 11 km 

 

 Foto Projek Pembinaan Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi Selangor Cyber Valley

 

Pada hari sabtu 2 Mac 2019 telah diadakan majlis pelancaran Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi Seksyen 6 Selangor Cyber Valley. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, Puan Haniza Mohamed Talha dan Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif PKNS Puan Hajah Norita Mohd Sidek turut hadir ke majlis tersebut dan seterusnya melawat rumah contoh yang telah disediakan.


 

 

Foto : YAB Dato Menteri Besar Selangor (barisan pertama tengah) bersama para tetamu VIP meninjau

tapak pembinaan  dan rumah contoh

 

 

MB turut turut berkesempatan untuk melihat sendiri rumah contoh yang disediakan dan ia cukup menarik minat kepada pembeli bagi memiliki kediaman sendiri dengan kos yang mampu, lokasi yang strategik dan paling penting mempunyai sistem kawalan keselamatan yang dijamin.

 

 Foto di dalam rumah contoh

 

 

Kelebihan lain projek ini turut dilengkapi ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

 

 Foto YAB Dato Menteri Besar Selangor semasa sesi penyerahaan dokumen pembelian bersama para pembeli awal Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi

 

 

Semasa majlis pelancaran tersebut Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi telah mencatatkan sebanyak 20 orang pembeli.  Pangsapuri yang sedang dibina ini mempunyai dua blok iaitu Blok A (14 Tingkat) dan Blok B (15 Tingkat) dan dijangka siap sepenuhnya beserta CCC pada pertengahan tahun 2021.

 

 Foto: Kelihatan orang ramai yang hadir bagi membuat pertanyaan dan pendaftaran Rumah Selangorku Pangsapuri Idaman Residensi 

 

Sekiranya anda berminat memohon Rumah Selangorku ini, anda boleh memohon secara atas talian ke laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor iaitu http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs

 

Selain itu, sebarang info lanjut anda juga boleh laman sesawang https://www.pkns-property.com atau saluran media sosial seperti berikut:


FB : https://www.facebook.com/pknspropertyofficial
Insta : https://www.instagram.com/pkns_property

 

Anda juga boleh menghubungi wakil jualan di talian berikut:-


019- 2139991@ 018-2051713 @ 017-3634821 @ 013-5224122 -@019-6994004 @

03-89262000 , Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.