MALAM GALA UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL MERIAH


Kembar animasi no. 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga (3) pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yangmengambil masa 5 tahun untuk disiapkan ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.


Malam Gala filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang diadakan di GSC Mid Valley telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, YB Dr. Mazlee, Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara, para karyawan industri, dan pihak media.


Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Razi menyanyikan lagu "Keris Sakti" menghiburkan peminat sebelum pelancaran malam gala ini yang dirasmikan oleh YB Dr. Mazlee. Kedua-dua lagu ini adalah OST bagi filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.


Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.



Sidang Media telah diadakan di Hall 18 GSC MidValley, diantara yang turut hadir Mejar K David Teo (MIG), Amira Drummer dan lain lain lagi turut menyaksikan filem tersebut.

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.


Foto : FB UPINIPINOFFICIAL

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.