TAKLUK MENARA KL DALAM TURKISH AIRLINES KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLANGE 2019

March 8, 2019

 

Menara Kuala Lumpur adalah menara ikonik di Kuala Lumpur dan Malaysia. Diiktiraf sebagai menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh (7) tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan acara sukan ekstrem yang berprestij dan terkenal di dunia iaitu 'Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019', pada Ahad, 21 April 2019, bermula seawal jam 5.00 pagi.

 

Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dan mencabar diri mereka untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur.

 

Selepas 17 tahun penganjuran perlumbaan berprestij ini, ianya telah dijadikan sebagai salah satu acara sukan utama untuk Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Acara lasak ini juga bertepatan dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib dilawati bagi aktiviti Kebudayaan (Culture), aktiviti Lasak (Adventure) dan aktiviti Alam Semulajadi (Nature).

 

"Istimewa pada tahun ini, acara ini akan bermula di kawasan parkir bas yang berjarak sekitar 200 meter dari lobi. Tempat perlepasan tersebut berubah dari tempat Ietak kereta terbuka di bawah Menara Kuala Lumpur (kira-kira jarak 800 meter dari lobi) ke kawasan parkir bas untuk memberi para peserta Iebih fokus dan mencabaran untuk memanjat tangga. Oleh itu, peserta akan menghabiskan Iebih banyak tenaga untuk memanjat 2,058 anak tangga sehingga ke aras 288 meter di TH03", kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

 

 

Para peserta ‘ELlTE’ dan profesional akan dilepaskan terlebih dahulu untuk merebut trofi juara sebelum Kategori Lelaki Terbuka. 100 peserta dengan catatan masa terbaik akan memenangi t-shirt ‘FlNlSHER’ istimewa.

 

Tahun ini, acara dibuka terhad kepada 4.000 peserta sahaja dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan peserta luar negara. 6 kategori bakal dipertandingkan pada kali ini seperti. Lelaki Terbuka (18 hingga 40 tahun), Lelaki Veteran (41 tahun ke atas), Wanita Terbuka (18 hingga 40 tahun), Wanita Veteran (41 tahun ke atas), Lelaki Junior (13 hingga 17 tahun) dan Perempuan Junior (13 hingga 17 tahun). Yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM90.00, pelajar ialah RM50.00 dan peserta dari luar negara ialah RM130.00.

 

Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM44,600.00. Rekod Masa Terbaik bagi individu lelaki dan wanita Malaysia juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2,000.00 setiap seorang. Mereka juga berpeluang untuk bertanding di luar negara bagi acara ‘World Tower Running 2020’ dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur.

 

Pada tahun ini, sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia iaitu Turkish Airlines adalah merupakan rakan acara utama bagi ‘KL Tower International Towerthon Challenge 2019'. Oleh itu, jangan lupa untuk mendaftar dan menjadi peserta kerana anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah, berupa dua (2) tiket penerbangan pergi balik ke Istanbul untuk due (2) orang.


"Turkish Airlines dengan bangganya menyokong acara ini dan mengambil peluang untuk menjadikan acara ini Iebih menarik kepada semua. Saya mengaIu-alukan semua pelangan dan penumpang Turkish Airlines untuk merasai Iayanan dan perkhidmatan kami yang pastinya tidak dapat dilupakan", kata Encik Muhammed Hamza Arslan, Pengurus, Turkish Airlines Inc. di Malaysia.

 

Untuk memeriahkan lagi acara ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan kepada semua para peserta serta teman (1 peserta + 1 teman) untuk mencuba tarikan yang pastinya mendebarkan iaitu Sky Box dan Sky Deck dengan kadar istimewa RM20/pax sahaja (harga biasa RM99/pax dan RM71/pax untuk pemegang MyKad). Jangan lepaskan peluang untuk berada ditebing Sky Deck, 'Sitting On The Edge' (SOTE) pada ketinggian 300 meter dari aras tanah dengan hanya RM50/pax untuk pemegang MyKad dan RM70/pax untuk lain-lain. Anda boleh merakam detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Tawaran sah dari 19 hingga 21 April 2019 sahaja.

 

Anda juga berpeluang untuk merasai berada di dalam kereta terpantas, Lamborghini dengan menderma RM100.00 untuk bersiar-siar sekitar bandar Kuala Lumpur. Terdapat 15 buah kereta Lamborghini disediakan untuk anda pilih dan kenali dengan lebih mendalam mengenai kereta terpantas di dunia itu. Untuk pengetahuan anda, sumbangan derma yang terkumpul akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf yang terpilih. Peluang keemasan ini disediakan oleh ‘Lamborghini Owners Malaysia’.

 

Acara ‘Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2019’ telah disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Rakan acara utama TURKISH AIRLINES. Rakan acara lain Unifi, Notthingheels, Life Care, Pharmaniaga, Lamborghini Owners Malaysia, Adrenaline Addict, Rakan Penginapan OASIA Suites Kuala Lumpur, Rakan Pakaian ULTRON, Rakan Kulinari Atmosphere 360 Revolving Restaurant, Rakan Aplikasi Digital JomRun dan Penganjur Teknikal Equip Management.

 

 

Untuk peminat ‘Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019', anda masih mempunyai peluang untuk mendaftar dengan melayari laman sesawang http://www.adrenalineaddict.asia/klt2019 atau melalui aplikasi mudah alih "JomRun" yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-20201926 atau lawati Facebook rasmi kami, Menara KL Towerthon Rasmi atau lnstagram @kltowertowerthon.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.