KONSERT ZEE AVI & NJWA DITUNDA

March 11, 2019

 

 

Pihak SHOWLAB VENTURES dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa acara INTERNATIONAL WOMEN’S DAY WITH ZEE AVI & NJWA yang bakal berlangsung di DEWAN MERDEKA PWTC terpaksa ditunda'.

 

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 MAC 2019, Jumaat terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkkan.

 

“Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami. Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambil kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” ujar Farhan Aizat selaku penganjur.

 

Pihak Showlab Ventures berasa kesal dan sedih dengan keputusan penangguhan yang terpaksa dipilih dan telah memilih tarikh 22 JUN 2019 sebagai tarikh terbaru konsert yang mengabungkan dua nama penyanyi yang cukup unik ini.

 

Bertempat di lokasi yang sama, konsert tersebut akan bermula pukul 8.45 seperti dijadualkan. Para pembeli tiket dan peminat Zee Avid an NJWA boleh mendapatkan infomasi lengkap dan selanjutnya di laman sosial penganjur iaitu Instagram: @showlab.my atau Facebook: Showlab MY.

 

Untuk sebarang info atau untuk mendapatkan tiket anda boleh ke laman sesawang https://airasiaredtix.com/zeeavinjwa MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.