MAJLIS MEERACLE GLORY NIGHT 2018 MERIAH ALA OSCAR

March 11, 2019

Jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang terkemuka, MEERACLE mengadakan malam gala tahunan 2018 di Clark Ballroom, Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur pada 23 Febuari 2019 lalu yang bertemakan Oscar.

 

 Foto : Puan Meera, Pengasas bersama Top Achievers Meeracle 2018

 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai semua ejen MEERACLE dari pelusuk Malaysia, Singapura dan Brunei. Pada malam itu, MEERACLE melancarkan produk kosmetik iaitu MEERACLE FACE.

 

Dalam rangkaian MEERACLE FACE ini, terdapat bedak asas bernama MEERACLE LUSTRE GEMSTONE yang mempunyai tiga tona warna iaitu cerah, kuning langsat dan sawo matang. Mereka juga telah melancarkan penanggal mekap iaitu MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK.

 

 Product Testing oleh tetamu yang hadir

 

Majlis itu dimulakan dengan ucapan daripada pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin dan sedikit ucapan ringkas dari duta MEERACLE, Zahirah MacWilson. Hael Husaini dan De Fam juga membuat persembahan pada majlis tersebut.

 

 Foto: Hael & Defam ketika membuat persembahan 

 

Pada tahun lepas, MEERACLE telah melancarkan kempen 7 bulan “Menjadi dengan MEERACLE” dimana ejen yang berjaya mencapai sasaran jualan dalam masa 7 bulan akan membawa pulang sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.

 

 

Foto : Puan Meera (Pengasas Meeracle) & Zahirah Macwilson (Duta Meeracle)

 

 

Pada tahun 2018, empat master stokis telah berjaya melepasi sasaran jualan. MEERACLE telahpun memberikan ganjaran kepada mereka semasa majlis makan malam tersebut. Master stokis tersebut adalah Siti Azlina Md Halil, Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Masdiana Mohamadiah, dan Nazariah Mohd Shah. Bukan itu sahaja, Siti Azlina Md Halil juga sekali lagi mendapat gelaran “Miss MEERACLE 2018”.

 

 Foto : Siti Azlina Md Halil, Miss MEERACLE 2018

 

Gelaran ini merupakan penghargaan tertinggi untuk master stokis yang telah mencatat jualan yang paling tertinggi sepanjang tahun 2018. MEERACLE telah mencatat sejarah yang terbesar pada tahun 2018.

 

 Antara foto Master Stokis MEERACLE 2018

 

Dengan itu, lebih banyak inovasi yang bakal diketengahkan pada tahun 2019 supaya mampu seiring dengan jenama antarabangsa di pasaran pada tahun yang akan datang.

 

Produk MEERACLE boleh didapati di semua stokis dan ejen diseluruh negara termasuk di beberapa negara ASEAN. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang www.meeracle.com.my atau sila kemukakan sebarang pertanyaan kepada Pasukan Pemasaran Meeracle  iaitu Cik Sahira di sahira@meeracle.com.my / +6018-2524467. MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.