‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA ANGKAT BINTANG ALAF BAHARU ‘BBNU’


"Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie terajui musim terbaharu program realiti terbitan portal ‘Gempak’ dengan pengembaraan yang berbeza"

Bagi memberi lebih pilihan untuk kandungan alaf baharu, portal hiburan Gempak membawakan kembali program realiti digital ‘The House’ untuk musim yang kelima menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital.


Masih mengekalkan format realiti yang sama tetapi kali ini dengan kisah pengembaraan yang berbeza, ‘The House’ musim kelima bakal menampilkan tiga bintang popular generasi ‘BBNU’ yang namanya kian melonjak selepas menyertai pertandingan nyanyian ‘Big Stage’ terbitan Astro Ria tahun lalu iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai tonggak utama untuk musim ini.

"Melihat kepada trend terkini yang didominasikan oleh angkatan ‘BBNU’ tersebut, kami berpendapat ini momen yang terbaik untuk mengetengahkan mereka menerusi penerbitan terbaharu program realiti ‘The House’.


"Sehubungan dengan itu, pemilihan Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sebagai selebriti jemputan dilihat menepati kriteria utama yang diperlukan oleh ‘The House’ untuk menarik hati penonton sasaran kami. Semoga musim ini mampu mengulangi kejayaan musim-musim yang terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak." ujar Nazihah Dalhar, Ketua Kandungan Gempak


Seperti musim-musim sebelum ini, program ‘The House’ yang berdurasi selama 22 minit sepanjang lima episod ini bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa mulai 19 Mac 2019 untuk pilihan yang fleksibel merentasi sempadan.


Ini diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.


Terdahulu, program realiti ‘The House’ pernah menampilkan trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong & Yaya Maembong untuk menjayakan musim pertama, jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin & Alvin Chong (musim keempat).

TRIVIA ‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA


  1. ‘The House’ musim kelima terbitan Gempak Studios ini mendapat sentuhan kreatif yang sepenuhnya daripada tenaga produksi dalaman Astro.

  2. Lokasi utama penggambaran program realiti ‘The House’ telah dijalankan di sekitar Janda Baik dan Kuantan serta mengambil masa hanya 6 hari untuk diselesaikan.

  3. Sudahpun memasuki musim yang kelima, format asal program yang berkonsepkan kandungan digital kompak masih dikekalkan kerana kelebihan itu membolehkan program ini dinikmati secara mudah alih mengikut citarasa dan keselesaan penonton tanpa perlu bergantung kepada peti televisyen semata-mata.

  4. Selain Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie, penerbitan musim ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti jemputan sebagai penampilan khas yang terdiri daripada Ariff Bahran, AG Coco, Ghaz Abu Bakar, Shikin Gomez dan Sufian Suhaimi.

  5. Kesemua barisan selebriti terlibat dengan musim ini telah dipilih secara teliti demi mendapatkan keserasian yang berkesan dan tidak dibuat-buat. Personaliti juga penting dalam proses pemilihan selebriti kerana format program ini adalah berkonsepkan realiti.

SINOPSIS ‘THE HOUSE’ MUSIM KELIMA

Menerusi ‘The House’, para peminat bepeluang untuk menyaksikan keakraban dan kemesraan hubungan persahabatan yang terjalin di antara Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie. Para peminat juga dapat mengenali mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat lucu dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini. Sepanjang mereka berada di dalam ‘The House’, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat.

GALERI


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.