KUMPULAN MAFIDZ BAKAL ANJUR 'ADA ANGIN & HATI' MUSICAL SHOWCASE

March 12, 2019

 

Mafidz, kumpulan baru yang terkenal membawa genre ‘Folk-Pop’ serta gabungan unsur-unsur muzik Nusantara akan mengadakan showcase solo pertama pada hujung bulan ini setelah menerbitkan album sulung mereka berjudul ‘Ada Angin & Hati’ pada September lalu. Album tersebut diterbitkan dibawah label mereka sendiri, Impact Diversified Consultancy dan telah mendapat sambutan positif yang meluas dari pendengar dan pengkritik muzik luar serta tanah air. 


Sebagai tanda terima kasih dan menghargai media serta peminat yang telah mendukung kehadiran Mafidz di industri muzik tempatan, Mafidz akan mengadakan persembahan muzikal sekaligus pelancaran album ini secara rasmi di acara ‘Ada Angin & Hati’ Musical Showcase. Mafidz berharap para peminat muzik tanah air dapat memberi sokongan dan berkesempatan untuk hadir ke acara yang penuh bermakna ini. 


Tiket ‘early-bird’ telah pun habis dijual dan kini hanya tiket ‘regular’ berharga RM40 yang masih boleh dibeli. Barangan rasmi Mafidz seperti ‘CD Album’ dan ‘T-Shirt’ akan turut dijual dengan harga promosi yang sangat berbaloi pada hari acara dilangsungkan. Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan menggunakan aplikasi Whatsapp di +6011 2345 4169

 


Mafidz diketuai oleh tiga beradik yang berasal dari keluarga yang meminati seni iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & gitar akustik) & Megat Aizzat (vokal & perkusi) yang berperanan sebagai pencipta, penggubah dan penulis lirik dalam album sulung mereka. Usaha mereka seolah meneruskan legasi bapa saudara mereka iaitu Almarhum Megat Ismail, seorang komposer lagu antara lainnya adalah lagu ‘Metropolitan - Fikirkan Boleh’, dan juga penulis lirik untuk lagu ‘Exists - Untukmu Ibu’.

 

Mafidz membawakan lagu-lagu yang berunsur positif dan berjiwa rakyat serta menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. Mempunyai keinginan untuk memberi warna ke dalam industri muzik tempatan, Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, piano, gitar elektrik, perkusi dan cello. 


Mafidz telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 2018. Mereka menghiburkan para penonton yang hadir di acara tersebut dengan persembahan kesemua lapan buah lagu dari album ‘Ada Angin & Hati’ yang dicetak pada bulan September 2018. 

Berikut adalah informasi tentang ‘Ada Angin & Hati’ Musical Showcase anjuran Mafidz Music Management: 

 


Tarikh / Hari : 23 Mac 2019 (Sabtu) 
Tempat : Angkasa Space, 1-1 Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri 
Cheras, 56000 Kuala Lumpur 
Masa : 8.00 malam 
Harga Tiket : Regular RM40 


Untuk mengetahui semua perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih lanjut, boleh terus melayari laman sosial mereka di Instagram (@mafidzofficial) dan Twitter (@mafidzofficial). 
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.