PENJIMATAN 50 PERATUS! LULU ANJUR PROMOSI BAYARAN BALIK SEPARUH

March 14, 2019

 

Penuhi keinginan beli-belah anda dengan promosi eksklusif Bayaran Balik Separuh Lulu Hypermarket & Department Store, Kuala Lumpur yang  telah bermula sejak 1 Mac yang lalu dan bakal berlansung sehingga 24 Mac 2019. Sepanjang promosi berlansung, pengunjung yang membeli-belah di Pasaraya Lulu, akan menerima baucar tunai bernilai RM50 dengan setiap pembelian RM100 dari bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari & Churidar.

 

Pengunjung yang datang membeli-belah di Lulu bukan sahaja dapat berjimat dari segi nilai pembelian malahan dapat berbelanja dalam kuantiti yang besar. Mengambil senario  dimana sekiranya seorang pengunjung membuat pembelian purata pada nilai sebenar RM450. Beliau hanya perlu membayar hanya RM300 sahaja.

 

'Trick' untuk mendapatkan penjimatan ini sangat mudah dan diperakui! Pengunjung hanya perlu membuat sebanyak 2 kali pembayaran. Pada bayaran kali pertama pada nilai RM300, pengunjung akan menerima baucar tunai bernilai *RM150 yang boleh digunakan untuk menyelesaikan baki nilai RM150 pada pembayaran kali kedua. 

 

Sejak memulakan operasi di Malaysia pada 2016, Pasaraya Lulu menjadi pilihan ramai warga yang tinggal di sekitar dan diluar Lembah Kelang yang terdiri dari pembeli tempatan mahupun antarabangsa. Segmen jualannya terbahagi kepada 4 bahagian utama; Digital, Fesyen & Gayahidup, Barangan Runcit & Makanan Segar dan Perkakasan & Hiasan Dalaman Rumah.

 

DIGITAL

 

Bahagian Digital Pasaraya Lulu yang terletak di aras 2, menempatkan ruang pameran peralatan elektronik dan digital serta gajet dari jenama ternama dunia. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan. Pada waktu promosi jualan berlansung pula pengunjung yang membeli belah disini bakal menikmati tawaran harga yang jauh lebih rendah yang tidak ditawarkan dimana-mana pusat membeli-belah yang terdapat di Kuala Lumpur. Jenama-jenama yang boleh didapati di sini adalah seperti Samsung, Philips, Elba, Hisense, Midea, Sharp, Sony, Toshiba dan banyak lagi termasuk jenama telefon pintar terkini.

 

FESYEN & GAYA HIDUP

 

Sementara itu, bahagian Fesyen & Gayahidup di Pasaraya Lulu terletak di aras 1 menempatkan pelbagai jenis pilihan fesyen terkini yang hampir keseluruhannya diimport dari luar negara. Melangkah masuk ke bahagian ini, pengunjung boleh merasakan seolah olah berada dalam sebuah hub fesyen yang menawarkan pelbagai pilihan yang merangkumi fesyen lelaki, wanita dan kanak-kanak. Begitu juga terdapat pelbagai pilihan aksesori menarik yang terdiri seperti beg tangan wanita, kasut serta perhiasan wanita selain produk tatarias diri, minyak wangi dan sebagainya. Antara jenama yang boleh diperolehi disini seperti Bata, Reebok, Skechers, New Balance, Atlanta, Kronos, Kent&Crew, Valino, Eten, John Louis dan lain lain. KLIK!

 

 

BARANGAN RUNCIT & MAKANAN SEGAR

 

Bahagian ini  pasti menjadi pilihan utama untuk para suri rumah mendapatkan barangan runcit serta bahan makanan segar. Masakan tidak , dibahagian ini pelbagai jenis barangan runcit tempatan serta yang diimport ada dirak pameran. Cakap sahaja apa yang diinginkan pasti ada! Begitu juga dengan pilihan makanan segar. Bahan mentah seperti ikan, ayam dan daging diperolehi segar dari pembekal tempatan dan ada yang diimport dari luar negara. Dibahagian ini juga terdapat pelbagai pilihan kurma segar serta manisan Timur Tengah untuk dicuba.

 

 

PERKAKASAN & HIASAN DALAMAN RUMAH

 

Berkongsi lantai dengan ruang pameran Digital di aras 2 , bahagian Perkakasan & Hiasan Dalaman Rumah menempatkan produk produk pilihan pembeli seperti produk perkakasan dapur, pertukangan, hias letak kamar mandi  dan sebagainya. Juga item hiasan dalaman rumah  seperti pilihan cadar, bantal serta langsir dan kusyen.

 

Semua ini menanti anda di Pasaraya Lulu. Jangan lepaskan peluang kerana tawaran ini bakal berakhir pada 24 Mac 2019. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.