BAHANG KONSERT SOUL SISTERS KIAN TERASA

March 15, 2019

 Foto dari kanan Abang Edd bersama wakil daripada Penaja Utama, Air Asia Berhad

 

Hanya tinggal kira-kira 20 hari saja lagi, Konsert Soul Sisters 2019 bakal menggegarkan pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya (IB) Kuala Lumpur iaitu pada 5 & 6 April ini. Tiga penghibur popular - Misha Omar, Siti Sarah Raissuddin dan Noryn Aziz - kini sudah bersiap sedia untuk beraksi serta berkongsi pentas buat julung kalinya dengan sesuatu yang berbeza daripada pengalaman mereka bergelar anak seni.  

 

 

Menampilkan genre muzik Soul dan R&B, konsert unik ini diterbitkan oleh syarikat produksi persembahan - Edd Razhe Entertainment (ERE). Ia dimiliki sepenuhnya oleh Encik Edd Razhe selaku Pengarah Urusan. Justeru, hari ini, ERE dengan bangganya mengumumkan barisan penaja utama konsert bertaraf antarabangsa ini selain pengisian menarik konsert berkenaan kelak.

Selain AirAsia Berhad selaku penaja utama, konsert ini juga mendapat sokongan barisan penaja lain iaitu Suria FM, Stage Tech, Everbest Studio, DoubleTree By Hilton, SHF Skyfood Services, 3 Birds Inc, Laurea Home Furnishing, Crap TV, Salad Atelier, Gato Tour & Travel, Sajian Ambang, Canai 15 Café, By Rinars dan Apple Creative Work Asia.

 

Produser eksekutif dan Pengarah Urusan ERE, Edd Razhe atau lebih dikenali dengan Abang Edd berkata, pihaknya sangat bersyukur dan menghargai sokongan dari barisan penaja yang membantu merealisasikan konsert terbitan beliau.

 

 

Menurutnya, buat masa ini, persiapan konsert hampir dua jam itu sedang rancak dilaksanakan membabitkan 3 artis terlibat. Ia mendapat pengawasan rapi oleh Pengarah Muzik, Datuk Nasser Abu Kassim serta Pengarah Vokal, Datuk Syafinaz Selamat sejak dua bulan lalu.

 

"Pihak kami akan cuba menyajikan persembahan terbaik kepada semua peminat yang membeli tiket. Ini kali pertama Misha, Sarah dan Noryn bergabung di pentas IB dalam sebuah konsert khas. Saya juga terharu kerana mendapat bantuan daripada mereka yang berpengalaman terutama Pengarah Muzik, Dato Nasser Abu Kassim; Pengarah Konsert, Jennifer Thompson dan barisan pemuzik yang berpengalaman seperti Steve Thornton, Zahid, Condrado Coni, John Thomas, Azmi dan lain lain serta Pengarah Vokal, Datuk Syafinaz Selamat, Koreografer Alam Wakaka, Penggubah Muzik, Sze Wan," kata Abg Edd . MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.