YKAT ZIARAH PEMUZIK TONY SOLIANO JR.

March 15, 2019

Baru-baru ini pada 12 Mac lalu pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah meluangkan masa menziarahi pemuzik iaitu Mohd Zaini Soliano atau lebih dikenali sebagai Tony Soliano Jr. Tony, 56 tahun kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Disember lalu.

 

 

Foto dari kanan : Datuk DJ Dave bersama Tony Soliano JR.

 

Beliau menghidapi Kanser Pancreatic tahap 4 kini ditemani isteri, Puan Anita Claire sepanjang mendapatkan rawatan di PPUM.

 

Datuk DJ Dave, Pengerusi YKAT meluangkan masa lebih kurang sejam untuk berbual-bual bersama rakan seninya itu. "Mereka sekeluarga sememangnya aktif dan hebat di dalam seni muzik. Di mana saya mengenali mereka dan turut melakukan persembahan bersama satu ketika dahulu, lebih-lebih lagi Tony merupakan seorang pemain piano yang hebat", ujar Datuk DJ Dave.

 

Tambahnya lagi, “Saya masih ingat pada tahun 70an saya pernah menyanyi diiringi muzik Orkes RTM yang ketika itu dipimpin oleh arwah bapanya iaitu Tony Soliano”.

 

Datuk DJ Dave mewakili pihak YKAT turut menyalurkan sumbangan kepada beliau disertakan dengan Keahlian Program Khairat YKAT. Sehingga kini, YKAT telah menyalurkan kepada lebih 1000 orang penggiat seni & mempunyai seramai 350 ahli bagi Program Khairat.

 

Untuk butiran lanjut mengenai program YKAT boleh terus menghubungi Pengurus YKAT - Cik Salmiyah di talian 03-2276 3327. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.