KONSERT SITI NURHALIZA ON TOUR IMBAU KENANGAN 20 TAHUN DAHULU

Pada Tahun 1999, dengan angannya Siti Nurhaliza telah berjaya mengadakan konsert pertamanya yang berskala besar di Stadium Putra Bukit Jalil yang hanya pada ketika itu usia beliau menjangkau 20 tahun. Setelah mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak Siti Nurhaliza terus cekal dan tabah menjayakan Konsert Mega pada tahun 2001.


Kini sekali lagi Dato' Sri Siti Nurhaliza, 40 tahun muncul kembali dengan konsert berprestij beliau Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour yang disaksikan oleh peminat beliau dari 3 buah negara. Konsert jelajah pertama telah diadakan di Jakarta (Indonesia) pada 21 Februari 2019 dan konsert kedua di Singapura pada 2 Mac 2019 manakala terakhir di tanah air sendiri, Stadium Axiata Arena pada 16 Mac 2019.


Konsert 'Full House' ini dibanjiri 10,000 orang peminat beliau dari seluruh negara termasuk sekumpulan peminat beliau yang sanggup datang dari jauh antaranya dari negara Korea, Brunei, Mekah , Brunei, Singapura dan lain-lain.


Lebih 30 buah lagu dipersembahkan itu dijayakan dengan begitu cemerlang diiringi oleh kekuatan vokal dan kelunakan suara beliau yang terus memukau para penonton.


Siti Nurhaliza mengenakan busana tradisional Puteri Perak Ciptaan RIZMANRUZAINI bagi pembukaan tirai konsert


Pada segmen awal konsert merupakan segmen tradisional. Sebanyak tiga buah lagu didendangkan iaitu Badarsila, Joget Berhibur dan Joget Kasih Tak Sudah. Seterusnya diikuti Tribute kepada Pak Ngah Suhaimi yang merupakan individu penting bagi Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam mengketengahkan bakat beliau dalam irama tradisional melayu. Lagu Nirmala, Balqis, Hati Kama, dan masterpiece Cindai turut dipersembahkan.


Siti mengenakan busana Gaun Merah yang disulam dengan 8 lirik lagu popular beliau ciptaan FIZIWOO


Diteruskan dengan segmen Balada Siti memilih lagu Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih sebagai Tribute kepada pencipta lagu arwah Adnan Abu Hassan. Diikuti dengan medley lagu Transkripsi korus iaitu Bila Harus Memilih, Cuba Untuk Mengerti, Istrig Cinta, Bisakah, Pastikan, Biarlah Rahsia, Demi Kasih Sayang dan lagu Seindah Biasa yang didendangkan bersama penyanyi undangan Tulus.


Pada malam konsert tersebut Tulus turut mempersembahkan dua buah lagu iaitu Sewindu dan Jangan Cintai Aku Apa Adanya.