REALME MALAYSIA LANCAR MODEL TERBAHARU REALME 3 KE PASARAN MALAYSIA


  • Rekaan Gradient Unibody menerajui konsep “muda kreatif estetik” dalam industri telefon mudah alih

  • Prestasi tertinggi dalam kelas seumpamanya serta hayat bateri yang sangat tahan lama

  • Penggambaran profesional yang bermutu tinggi selepas kamera realme 3 dinaik taraf dengan mod Nightscape dan Chroma Boost

  • Diskaun eksklusif bagi realme 3 sempena Jualan Hari Jadi ke-7 Lazada!

realme Malaysia baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaharu, iaitu realme 3. realme Malaysia merupakan jenama telefon pintar yang beriltizam mencipta pengalaman bermutu tinggi buat anak muda dengan mendukung slogan ‘Proud To Be Young'. realme akan menawarkan diskaun eksklusif bagi realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM) sempena Jualan Hari Jadi Ke-7 Lazada pada 27 Mac 2019.


“Siri Realme telah mencatatkan jualan lebih 5 juta unit di seluruh dunia. Sebagai produk terbaharu dalam siri realme, realme 3 bakal menerajui kejayaan jenama ini buat tahun 2019 susulan kejayaan dicapai oleh realme2, realme 2 Pro dan realme C1.


realme 3 mencerminkan usaha kami dalam mempertingkatkan prestasi dan rekaan bagi membawa pelbagai produk dan pengalaman baharu kepada golongan muda. Inilah sebabnya dalam segmen harga ini, kami terus menjadi pilihan pertama dalam kalangan golongan tersebut,” demikian kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, realme Malaysia.


“Kami berbesar hati kerana realme telah memilih untuk meneruskan pertumbuhan pesatnya dalam pasaran Malaysia melalui gandingan dengan Lazada. Melalui tawaran eksklusif realme sempena Jualan Hari Jadi Ke-7 Lazada, kami mampu membekalkan pelanggan dengan teknologi terkini pada harga yang menarik. Walaupun ianya hari jadi kami, tapi sambutan majlis ini adalah milik anda,” demikian kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.


Rekaan Gradient Unibody menghasilkan rupa bentuk yang lebih anggun, serta badan yang lebih licin dan ringin

realme 3 memaparkan rekaan 'Gradient Unibody' dengan warna-warna berpadanan bagi memberi nafas baharu kepada rekaan telefon pintar, sekaligus membawa pengalaman sentuhan dan visual yang terbaik kepada pengguna dalam segmen ini.

Dalam model terbaharu ini, rekaan badan bersepadu akan menggantikan format rekaan ‘sandwic’ tradisional yang dicirikan oleh skrin di tengah serta bingkai di belakang, maka bingkai tengah tidak lagi diperlukan. Malah, rekaan sebegini juga menjadikan rupa bentuk telefon lebih licin dan ringan pada keseluruhannya bagi menjamin pegangan yang paling sempurna.


Demi memberikan pengalaman visual terbaik kepada pengguna muda, realme3 menggunakan pemadanan warna gradasi, iaitu Dynamic Black dan Radiant Blue. Dynamic Black terdiri daripada gabungan warna hitam dan biru yang dihasilkan melalui semburan cat sebanyak tiga kali untuk mencapai gradasi semula jadi. Warna biru tersebut menggunakan sejenis cat khas yang akan berubah-rubah mengikut perubahan sudut penglihatan. Ia nampak seakan-akan bertukaran warna antara biru dan ungu. Tambahan pula, penggunaan serbuk manik memberikan penutup belakangnya warna yang lebih terang dan mendalam.


Warna Radiant Blue menawarkan satu lagi kesan visual, iaitu kesan cermin yang dihasilkan melalui proses NCVM dengan mengewapkan lapisan reflektif perak ke atas penutup belakang. Kemudian, dakwat biru-hijau lut cahaya disembur ke atasnya bagi menghasilkan kesan warna gradasi.


Nisbah skrin kepada badan yang sangat tinggi, manakala skrin ‘dewdrop’ memberikan pengalaman lebih hebat

Berdasarkan realme 2, realme 3 telah mempertingkatkan skrin takuknya kepada skrin ‘dewdrop’ yang hadir dengan kamera hadapan, sensor cahaya serta sensor jarak. Gagangnya menerapkan “dewdrop” kecil di bahagian atas skrin, sekaligus memberikan nisbah skrin setinggi 88.3%.


realme 3 baharu memberikan sudut pandangan yang lebih luas, maklumat yang dipertingkatkan, serta pengalaman visual yang lebih menakjubkan semasa melihat imej dan video.


Kuasa pemprosesan yang lebih tinggi

Dari segi prestasi, realme 3 dijana pemproses MediaTek Helio P60 yang menggunakan teknologi process 12nm FinFET TSMC terkini. Ia menunjukkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding cip proses 10nm, sekaligus memberikan realme 3 prestasi tertinggi dalam segmen ini.