"SAYA TIDAK LETAK HARAPAN TERLALU TINGGI" - MAWI

March 26, 2019

 

Selepas lima tahun telemovie arahan Asmawi Ani (Mawi) berjudul Rock Sangkut mendapat sambutan yang menggalakkan ketika ditayangkan di Astro pada tahun 2014, kini juara Akademi Fantasia 3 (AF 3) itu muncul dengan filem berjudul ‘Tiada Tajuk’ terbitan Mawi World Entertainment.

 

Mawi berkata, filem sulung arahannya itu merupakan kesinambungan dan diolah semula menerusi telemovie Rock Sangkut dengan turut mengekalkan teraju utamanya iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud.

 

“Kalau diikutkan sudah lama sebenarnya saya mempunyai impian untuk menerbitkan filem sendiri iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.

 

“Bagaimanapun, saya mahu kutip dulu pengalaman dengan menghasilkan beberapa buah drama dan telemovie sehinggalah saya mengambil keputusan mengarahkan filem pula,” ujarnya.

 

Selain mengekalkan ketiga-tiga pelakon tersebut sebagai teraju utama, Mawi sendiri turut berlakon dalam filem berkenaan dan bergadingan dengan Anas Tahir. Antara lain-lain pelakon yang turut membintangi filem berkenaan antaranya seperti Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amirah Othman dan Johan As’ari.

 

Untuk penggambaran pula, Mawi memberitahu ia berlangsung selama 30 hari di beberapa buah lokasi di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Bercerita lebih lanjut tentang filem terbaharunya itu, dia sudah menentukan barisan pelakon yang akan membintangi filemnya itu.

 

“Sewaktu saya menghasilkan skrip untuk filem Tiada Tajuk ini, saya sudah mendapat bayangan tentang barisan pelakon.

 

“Alhamdulillah, hampir 90 peratus pelakon yang saya inginkan telah bersetuju untuk berlakon dalam filem arahan saya ini,” jelasnya.

 

Mengakui berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menghasilkan filem ini, juara AF 3 itu juga beranggapan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

 

“Untuk filem sulung ini, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, hanya sekadar berharap penonton suka dan menerima naskhah ini,” ujarnya.

 

Bahasa: Melayu

Sarikata: None

Klasifikasi: P13

Tarikh Tayangan: 4 April 2019

Genre: Komedi

Durasi: 1 Jam 40 Minit

Pengedar: Empire Film Solution

Pelakon: Mawi, Hazama Azmi, Along Cham, Joey Daud, Anas Tahir, Ropie, Acey, Amira Othman

Pengarah: Mawi

Format: 2D


SINOPSIS

 

Tiada Tajuk mengisahkan mengenai tiga orang sahabat dari kampung, dianggap sebagai ‘kutu’ yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal. Ternyata banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka ini. Persoalannya. Adakah mereka berjaya, untuk menjadi artis terkenal? Dan apa yang mereka lalui bilamana mereka terkenal.

 

Filem sulung arahan Mawi dan terbitan Mawi World Entertainment ini bakal ditayangkan di pawagam pada 4 APRIL 2019.

 

 Trailer filem Tiada Tajuk , filem sulung arahan Mawi

PERADUAN TONTON DAN MENANG FILEM TIADA TAJUK

 

Sempena tayangan filem terbaharu Mawi, pihak pengurusan Mawi World Entertainment turut mengadakan satu peraduan sebagai sebahagian dari rangka promosi filem ini dan dalam masa yang sama sebagai penghargaan buat peminat-peminat yang menyokong penuh karya ini. Caranya mudah sahaja. Tonton video dibawah sampai habis!

 

 

Sumber: FB Empire Film Solution
Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.