DUA GENERASI BERGABUNG WINGS X BUNKFACE

March 30, 2019

 

 Foto Dari Kiri, Kumpulan Wings, Awie (Jaket Biru) dan Kumpulan Bunkface

 

Kumpulan Wings akan muncul dengan konsert perdana buat tahun 2019.Kali ini mereka tidak tampil sendiri sebaliknya mempelawa kumpulan darah muda, Bunkface untuk berada di satu pentas bersama-sama. Kumpulan Wings yang dianggotai Dato’ Awie, Sham, Black, Eddie dan Edrie Hashim bakal tampil bersama Sam, Youk dan Paan dari kumpulan Bunkface dalam sebuah konsert yang dinamakan Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi, Wings x Bunkface. Bakal dilaksanakan pada 4 Mei 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada jam 8.45 malam, konsert dengan durasi 2 jam ini mempunyai objektif tersendiri.

 

Selepas lebih kurang 34 tahun (1985-2019) berada dalam industri, ternyata kredibiliti Wings sebagai salah sebuah kumpulan legenda tidak mampu diganggu gugat. Saban tahun muncul dengan konsert, Wings akan terus mengorak langkah mengukir nama dan sejarah tersendiri ke arah 35 tahun kegemilangan muzik mereka. Menurut Wings, konsert ini dilaksanakan sebagai salah satu perancangan ‘Journey To 2020’ atau ‘Journey To 35th Years Anniversary’ dan mereka bakal muncul dengan beberapa rangkaian konsert.

 

Konsert-konsert yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia ini akan menyaksikan kolaborasi Wings dengan beberapa kumpulan terkenal Malaysia dan untuk kali ini ia bermula dengan Bunkface. Konsert yang dianjurkan oleh Awie Entertainment ini merupakan permulaan perjalanan Wings ke arah sambutan penubuhan mereka selama 35 tahun di persada muzik tanah air. Mempelawa Bunkface berada di atas satu pentas bersama mereka, konsert kali ini turut meraikan penubuhan 12 tahun Bunkface dalam dunia seni yang kini sudah mempunyai lima buah album studio. Gabungan muzik rock dan punk akan disaksikan dalam konsert ini dan mereka akan muncul dengan lagu duet buat para peminat mereka. Nantikan!

 

“Konsert ini merupakan siri pertama perjalanan Konsert Wings ke arah 35 tahun dan rangkaian konsert lain akan disertai band-band Malaysia yang ternama di lokasi yang berlainan, ujar Dato’ Awie.

 

Malah ujar Sam mewakili Bunkface, “Menjadi satu penghormatan buat kami apabila abang-abang Wings mengajak kami membuat persembahan di atas satu pentas dan satu konsert. Kami terima pelawaan ini dengan senang hati dan terharu.”

 

 

Menariknya untuk perjualan tiket konsert ini, ia dijual secara manual dan tidak menggunakan sebarang agen tiket online. Tiket dengan harga standard RM150 (berdiri) manakala RM450 (duduk) untuk pembeli tiket yang dapat menyaksikan sesi soundcheck (sehari sebelum konsert), berserta jamuan ringan dan merchandise. Malahan 1000 pembeli pertama akan mendapat merchandise istimewa. Memandangkan tiket-tiket dijual secara manual, terdapat dua cara membeli tiket iaitu sistem booking atau pembelian terus di kaunter. Cara pembelian tiket: Tempah tiket dengan agen Sayap-sayap Wings yang akan berada semasa jelajah konvoi motosikal di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia (senarai dan nama akan diumumkan kelak di Instagram dan Facebook).

 

 

Semua tiket di jual secara manual dan untuk yang memesan pada Sayap-sayap Wings , sila redeem di kaunter tiket pada 2 Mei hingga 4 Mei 2019. Keterangan lanjut mengenai konsert ini dan pembelian tiket boleh dirujuk di laman sosial rasmi Wings iaitu Instagram: @sayap2wings Facebook: Sayap-sayap Wings

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.