BUKIT GAMBANG RESORT CITY PILIHAN TERBAIK PERCUTIAN KELUARGA

Saban kali pada hujung minggu mahupun ketika musim cuti sekolah Ibu Bapa sering memikirkan tempat percutian atau ingin mengadakan aktiviti bersama ahli keluarga terutamanya memenuhi hasrat anak-anak mereka. Bukit Gambang Resort City (BGRC) mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk bercuti bersama keluarga dimana BGRC menawarkan pelbagai tarikan dalam satu lokasi (Multiple Attractions, One Location).


Baru-baru ini MB sempat bercuti bersama rakan-rakan dan merasaikan pengalaman yang mengujakan. MB mengambil masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke BGRC hanya sekitar 2 jam 15 Minit sejauh 218 km. 


BGRC seluas 727 ekar ini menempatkan pelbagai tarikan menarik diantaranya Taman Safari Terbesar di Malaysia, Taman Tema Air, lebih 1200 unit bilik penginapan pelbagai jenis (Caribbean Bay, Everia Villas Arabian Bay), Ballroom Tanpa Tiang (Pillarless) Terbesar di Malaysia dan aktiviti rekreasi serta kemudahan teambuilding.


Selama 3 hari 2 malam MB bersama rakan-rakan telah merasai sendiri pengalaman dan mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan. MB ingin cadangkan 'our journey' sepanjang percutian kami kepada anda semua yang ingin  memulakan percutian di BGRC.

HARI PERTAMA


MB check in di Everia Villas Resort, Unit San Francisco. Penginapan eksklusif ini berkonsepkan villa ala-ala di San Francisco.


Selain dari unit San Francisco, Everia Villas turut menawarkan unit Amsterdam dan Venice. Harga dari RM800+ seunit semalam. Mempunyai 3 bilk tidur dan 4 bilik air, 1 ruang tamu dan dry Kitchen serta iron room.


Unit Villa Amsterdam

 Unit Villa Venice 

Selain dari Everia Villas, BGRC menyediakan penginapan di Arabian Bay Resort & Caribbean Bay Resort. Pelbagai pilihan jenis bilik yang disediakan iaitu Studio Suite, 2-Bedroom Suite, Arabian Suite, Arabian Penthouse Suite, Deluxe Suite, Junior Suite dan lain-lain.


Harga bilik semalam bermula serendah RM150.00 sahaja. MB pasti ianya dapat memuaskan hati anda untuk mendapatkan penginapan yang selesa bersama keluarga ataupun sahabat handai.


Pada sebelah petang kami bermain air di Bukit Gambang Water Park (BGWP). Pelbagai tarikan yang boleh anda cuba antaranya Coco Beach seluas 24,000 kaki persegi yang  akan mengaktifkan Waze Pool yang terbesar di Malaysia. 


Di samping itu juga terdapat Penguin Island yang dikhaskan untuk kanak-kanak, Aqua Play dengan replika Ikan Pirana Gergasi yang menyemburkan air, Glacier River yang mengeliling Penguin Island dan Journey of Ice dimana terdapat apungan berasa sejuk dan berkabus sepanjang Glacier River.


Tidak habis dengan itu, anda juga boleh mencuba Water Slide yang disediakan seperti The Longest Family Raft Ride in Malaysia, The Longesr Canopy Slide In Malaysia, Galaxy Slide, Crystal Slide dan The Longest 6- Lane Race in Malaysia.



BGWP menyediakan Pelampung untuk disewa seterusnya anda boleh mencuba semua jenis permainan air yang disediakan. Terdapat juga sewaan Loker, Tuala, Bola Tampar Pantai, Jaket Keselamatan kanak-kanak dan sebagainya.


Peralatan untuk disewa di BGWP

HARI KEDUA & SETERUSNYA


Pada hari seterusnya kami ingin mencadangkan anda untuk mencuba aktiviti sukan yang menarik dan ekstrem seperti memanah, Flying Fox, Horse Riding, ATV Ride dan Paintball Shoot pada sebelah pagi. Semua aktiviti ini ditawarkan dengan pakej sebanyak RM28.00 seorang dewasa dan RM18.00 untuk kanak-kanak.