JANGAN PANDANG SEBELAH MATA 'LOOK OF PLUS SIZE 2019'

April 4, 2019

 

Kebanyakan masyarakat di luar terutamanya para lelaki cuma memandang sebelah mata sekiranya seseorang susuk tubuh wanita itu kelihatan gempal dan tidak  menarik pada pandangan kasar mereka.

 

Sejurus itu pereka yang sedang meningkat naik nama Azhar Zainal berani menyahut misi Wanita Harus Dihormati tanpa mendiskriminasikan apa bentuk susuk tubuh wanita tersebut dengan menganjurkan buat julung kalinya acara Ratu 'LOOK of Plus Size 2019'.

 

Baru-baru ini, sebuah acara 'LOOK of Plus Size 2019' diadakan di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur telah menampilkan 20 peserta wanita yang terpilih daripada 80 peserta terawal dari serata Malaysia yang cantik jelita bersaiz plus untuk diperagakan sebagai simbolik mencari kesaksamaan dalam masyarakat tanpa mengira susuk tubuh badan mereka.

 

 Sebahagian wajah-wajah peserta dan pasukan Look Of Plus Size 2019

 

Acara juga turut menjadi pelantar kepada mereka yang bersaiz plus untuk bergaya dan yang paling penting menunjukkan bakat serta kebolehan tersendiri sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan, wakil produk, social media influencer dan sebagainya serta juga memberi peluang dan ruang yang dinikmati bersama oleh wanita-wanita bersaiz biasa.

 

 Foto : Dato Rozza (Tudung) , Bon Zainal dan Vicha bersama-bersama menyampaikan sash kepada peserta LOPS2019

 

LOOK of Plus Size 2019 turut akan mengadakan acara kemuncak di malam gala yang dijadualkan pada 27 April 2019. Pada malam ini juga turut akan menyaksikan mereka menggayakan busana warisan iaitu Batik dan Songket. ia juga bagi menyahut seruan Kerajaan bagi mengutamakan tekstil warisan dan kebudayaan Malaysia. Pada malam tersebut pemenang utama Ratu Look of Size Plus 2019 akan menerima hadiah bernilai RM5,000.00 dan sebuah mahkota, tempat kedua bernilai RM3,000.00 dan tempat ketiga sebanyak RM2,000.00. Masing-masing turut menerima sash, trofi dan hadiah-hadiah sampingan lain.

 

 Foto : Azhar Zainal (Pereka Azhar Zainal Design dan Penganjur LOPS2019)

 

Mengidamkan supaya ia menjadi salah satu acara pageant terkenal, Azhar turut berkata acara ini sebagai batu loncatan kepada beliau untuk mengembangkan misi  LOOK of Plus Size Inter State dan LOOk Of Plus Size Malaysia/ Asia atau ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu sokongan-sokongan pihak lain  atau penajaan turut dialu-alukan.

 

Acara ini dibawakan oleh Azhar Zainal Design dan Xtravaganza Management. Tuurt hadir Selebriti Vicha Saywho selaku ikon wanita plus size Malaysia  dan  penyanyi Ayu Damit turut mempersembahkan sebuah lagu ketika acara tersebut. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.