ARTIS-ARTIS OTAI JAYAKAN PERSEMBAHAN SETIAP MALAM DI THE GARDEN PALACE @ D’SAJI TITIWANGSA

April 5, 2019

Bukan senang hendak mendengar artis-artis otai seperti Roy Rauzan yang popular dengan lagu Kau Ratnaku, Kumpulan Kool, Azura Aziz, Salamiah Hassan, Raihan, Rabbani, Saujana dan ramai lagi artis berkumpul untuk membuat persembahan pada setiap malam di lokasi yang sama.

 

 Antara barisan artis yang akan mengadakan persembahan setiap malam di The Garden Palace @ D'Saji Titiwangsa

 

Restoran The Garden Palace @ D’Saji Titiwangsa atau dahulunya dikenali sebagai Felda @ D’saji yang terletak di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini mengambil inisiatif bagi mengadakan mini Showcase “Up Close & Personal with…’’ sebagai hiburan setiap malam kepada para pelanggannya. Salah satu tujuan acara ini diadakan adalah untuk memberikan platform kepada artis-artis menjana pendapatan lebih.

 

Tidak terhad kepada artis otai sahaja, artis-artis baharu juga diberikan peluang untuk membuat persembahan. Pihak penganjur juga percaya setiap artis-artis berkenaan mempunyai peminat-peminat yang tersendiri.

 

 Foto artis-artis yang hadir ke sidang media yang diadakan baru-baru ini di The Garden Palace @ D'Saji Titiwangsa

 

Siri mini showcase “Up Close & Personal with…’’ akan bermula pada 20 April ini dan artis-artis yang dijadualkan mengadakan persembahan setiap malam adalah seperti berikut:

 

 

 

Acara akan dimulakan dengan makan malam pada jam 7.00 malam manakala sejurus itu persembahan akan dimulakan pada jam 8.45 malam dengan 2 segmen selama 45 minit.

 

Harga tiket mini showcase seperti berikut:

RM300.00 (VIP Meet & Greet)

RM230.00 (Platinum)

RM180.00 (Gold)

RM130.00 (Silver)

RM80.00 ( Bronze- Tanpa Makan Malam)

 

Walaubagaimanapun harga tiket akan berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada persembahan artis-artis berkenaan.

 

Sebarang info lanjut atau ingin mendapatkan tiket bolehla menghubungi penganjur melalui Whatsapp (Ticket Hotline) : +6011 1695 0047 atau melalui atas talian myticket.asia dan walk in di kaunter restoran The Garden Palace @ D’Saji Titiwangsa.

 

Sepanjang bulan Ramadhan juga akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid terkenal seperti Rabbani, Raihan, Saujana, In-Team dan  lain-lain lagi. Di samping itu, pihak restoran The Garden Palace @ D’Saji Titiwangsa turut menawarkan pakej buffet Ramadhan mulai 6 Mei 2019 sebanyak RM79.00 seorang.

 

Mini showcase ini akan diteruskan pada bulan-bulan yang datang dengan artis-artis yang berbeza. Acara ini dibawakan khas oleh  The Garden Palace @ D’Saji Titiwangsa dengan sokongan BEST FBKL Concerts, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Harithmai Production dan MyTicket. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.