INDAH RUHAILA KEMBALI DENGAN 'PUDAR'

April 8, 2019

 

 

Hampir dua tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi wanita bersuara mantap, Indah Ruhaila muncul dengan dengan single terbaharunya berjudul “Pudar”. Single terbaharunya ini turut diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri ‘Nur 2’, sebuah karya susulan kepada drama bersiri ‘Nur’ yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun lepas apabila mencapai rating tertinggi sebanyak 13 juta tontonan di TV3. Drama 15-episod lakonan pelakon-pelakon utama, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak 2 April 2019. 

 

Sempena pelancaran video muzik rasmi “Pudar” malam ini, Indah bakal tampil dalam sebuah persembahan akustik istimewa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music Videos mulai jam 8 malam ini. Penonton bakal disajikan dengan  persembahan akustik istimewa 5-lagu diselangi dengan sesi soal jawab bersama penyanyi yang mesra disapa sebagai Indah ini dalam menyorot kembali sejarah kerjaya seninya. Video muzik rasmi “Pudar” bakal dilancarkan secara rasmi tepat jam 9 malam ini dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

 

“Pudar” merupakan single pertama penyanyi bervokal mantap ini di di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Kali terakhir graduan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) ini menerbitkan single pada tahun 2017 menerusi lagu ‘Kau Yang Satu’ yang pernah menjadi lagu OST untuk sebuah filem dengan judul yang sama. Sebelum ini, Indah pernah popular dengan lagu hits ‘Percayalah’ yang membawanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2015. Indah juga popular dengan lagu hit ‘Semua Untuk Cinta’ hasil ciptaan gandingan komposer hebat, Hael & Ezra Kong yang dikeluarkan pada tahun 2016.   

 

Lagu terbaru berentak balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan. Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik yang digarap penuh dinamik.  Disulam pula dengan bait-bait lirik yang mengangkat tema harapan yang disandarkan semakin menghilang, berjaya menambahkan lagi unsur melankolik ke dalam lagu ini. Diberi pula jiwa menerusi nyanyian penuh penghayatan dalam setiap hela nafas vokal mantap Indah sekaligus melengkapkan lagi “Pudar” sebagai sebuah karya yang bakal menjentik hati pendengar. 

 

Baru sahaja dilancarkan pada 29 Mac lalu, “Pudar” sudah pun berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar striming muzik Joox. Mengulas tentang sambutan memberangsangkan peminat muzik tempatan dan penonton drama ‘Nur 2’, Indah berkata, “Alhamdulillah. Saya terharu dengan reaksi positif semua pihak. Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini. Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama ‘Nur’ edisi pertama. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini”. 

 

“Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu  Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut. Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,” ulas Indah tentang komen peminat yang menyifatkan persembahannya dalam lagu “Pudar” ini berjaya meninggalkan kesan kepada pendengar.
 

“Pudar”  merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 29 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi “Pudar” boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 8 APRIL 2019 jam 9 malam.

 

Tajuk : Pudar
Artis : Indah Ruhaila
Komposer : Amylea
Lirik  : Amylea

 

Aku Selalu Rindu
Sepi Membunuh Ku
Kedinginan Malam Menghantui

 

Hanya Engkau Tahu
Kekurangan Ini
Tiada kan Menyembuh Selainmu

 

Aku Terlalu Jauh
Jauh Untuk Kembali Padamu

 

Pudar Harapanku Makin Pudar
Jika ku Terus Berlari
Dunia ku Tiada Henti

 

Hadirkanlah Satu Tuk Menemaniku
Membawa Diriku Didekatmu


Aku Terlalu Jauh
Jauh Untuk Kembali Padamu

 

Pudar Harapanku Makin Pudar
Jika ku Terus Berlari
Duniaku Tiada Henti

 

Pudar Harapanku Makin Pudar

Jika ku Terus Berlari

Dunia ku Tiada...

 

Bukalah Mataku
Bukalah Hati Untuk Menerima Cinta Darimu
Jika Kau Berikan Semula Hidupku Takkan Pudar

 

Pudar Harapanku Makin Pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku Tiada Henti

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.