'TAKKAN TERLERAI' TARUHAN TERBARU DUET SYAMEL & ERNI ZAKRI

April 12, 2019

“ Andai Teguh Takdir

Kita Jauh Terpisah

Bertaut Jua

Usah Ada Sesiapa

Mendustakan Cinta

Segala Rasa Tercipta

Menjemput Bahagia

Takkan Terlerai “

 

Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua orang vokalis hebat ini telah melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2018 yang lalu. Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering dikaitkan bersama dan setiap kolaborasi mereka pasti ditunggu peminat sejagat.

 

Keserasian ini sekali lagi mempertemukan mereka berdua dalam sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Takkan Terlerai‘. Lagu ini menjadi taruhan terbaru buat pasangan duet ini. Lagu hasil gubah pemenang tempat ketiga AJL 2019, Sharon Paul ini dicipta khas agar bersesuaian dengan gaya nyanyian pasangan duet hebat ini, yang juga selari dengan permintaan pasaran sekarang. Lebih menarik lagi, liriknya pula mendapat sentuhan Fedtri Yahya dan juga dibantu oleh Syamel dan Ernie sendiri.

 

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

 

”Sebelum ini banyak permintaan yang meminta untuk kita cepat-cepat keluarkan lagu duet Syamel & Ernie Zakri kerana mereka tidak puas hanya dengan satu lagu. Tapi kita dari pihak pengurusan tidak mahu tergesa-gesa mengeluarkan lagu baru kerana pertaruhannya cukup tinggi. Jadi kita mengambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah ‘Takkan Terlerai’ dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan untuk semua pencinta muzik”.

 

Lagu ‘Takkan Terlerai’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

Tajuk : Takkan Terlerai
Artis : Syamel & Erni Zakri
Komposer : Sharon Paul
Lirik  : Ernie Zakri, Syamel, Fedtri Yahya

 

Zahirkan apa kau rasa
Jujurkan segala kebenaran

Berat hatiku meluahkan
Tersudut menunggu kau bertanya

Biarkan waktu menyembuhkan
Yang pudar kan pasti bercahaya

^^^^
Andai teguh takdir kita
Jauh terpisah 
Bertaut jua 
Usah ada sesiapa
Mendustakan.... cinta

Segala rasa tercipta
Menjemput bahagia
Takkan Terlerai 

 

Bridge:
Kujalinkan serpihan luka
Tak berdaya menanggung rasa
Terungkai semua resah jiwa
Bahagia ..
Selamanya .. 


Biar terpisah kan bersama

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.