PUTRA FAWWAZ INGIN BERGELAR PENYANYI ROCK

April 13, 2019

 

 

Saban tahun ramai penyanyi-penyanyi muda dan berbakat ingin menjadi seorang penyanyi yang dikenali pada satu hari nanti. Begitu juga dengan Muhammad Izwal Fawwaz bin Abdul Talib atau Putra Fawwaz, 23 tahun ingin menjadi seorang penyanyi yang berbakat seterusnya bercita-cita menjadi seorang Penyanyi Rock.

 

Dengan sokongan dari Keluarga terutamanya ibu beliau Dato' Rohana yang juga pengasas Najya Beauty, Putra Fawwaz telah pun melancarkan 3 buah lagu terbaru genre Pop Balada ciptaan Komposer popular S. Atan iaitu Gerimis Musim Rindu, Bertabahlah dan Bukan Cinta Sedulang Permata.

 

'' .....penceritaan ketiga-tiga lagu ini adalah lebih kurang sama...pada asalnya saya lebih berminat kepada lagu berentak rock dan hip hop kemudian saya diperkenalkan oleh Syed Wafa kepada uncle S. Atan untuk mencuba lagu genre balada ini so saya terima....'' Ujar Putra Fawwaz yang berasa malu sebab pertama kali ditemubual oleh para media.

 

Baru-baru ini Putra Fawwaz ditemubual oleh para media semasa pelancaran lagu beliau yang dihadiri oleh artis-artis lagenda seperti Zaiton Sameon, Siti Fairuz, Rozita Rohaizad dan ramai lagi. Beliau juga menyampaikan lagu terbaru beliau buat pertama kalinya di atas pentas dan disaksikan oleh para artis dan tetamu. Putra Fawwaz di bawah pengurusan Rohana Productions.

 

Beliau juga gemar melakukan aktiviti sukan lasak, bermain bola sepak dan jamming. Putra Fawwaz juga pernah menganggotai sebuah band dan bermain drum.

 

Beliau juga sedia menerima kritikan dan ia tidak akan mematahkan semangat untuk menjadi seorang penyanyi dan berharap agar diterima dalam industri sebagai pendatang baru. MYBUZZ!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.