ADAN LAUNDRY BANTU BAKAL USAHAWAN B40

April 14, 2019

 

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan isirumah berpendapatan 40% terendah dan kumpulan sasaran yang wajib dibantu dalam mengimbangi jurang pendapatan rakyat sesebuah negara. Dalam menyahut seruan Kerajaan, syarikat Qubah Emas Resources Sdn Bhd melalui rangkaian dobi Adan Laundry mengambil inisiatif ingin membantu bakal-bakal usahawan terutamanya golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan dobi seterusnya bagi membantu mereka menambah pendapatan.

 

''Saya ingin menyeru rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 untuk keluar dari kemelut masalah kewangan dengan menceburi bidang perniagaan dobi layan diri... di bawah jenama Adan Laundry kami akan membantu kepada mereka yang memerlukan....'' Kata Encik Zamani Zakaria, Pengarah Urusan Qubah Emas Resources Sdn Bhd.

 

Syarikat mula perkenalkan konsep Francais sejak tahun 2014, dengan menawarkan pakej mampu milik serendah RM97,900 sudah cukup memberikan tambahan pendapatan  bersih yang konsisten lebih kurang RM3,000 sebulan dengan anggaran jualan RM5,000 sebulan. Ia tidak terhad ke atas usahawan yang ingin menjalankan perniagaan secara sepenuh masa malahan boleh dilakukan secara separuh masa.

 

Pakej tersebut termasuk peralatan dobi iaitu 4 buah mesin ( 2 mesin pencuci dan 2 lagi mesin pengering) dan kos pengubahsuaian. sebelum itu, Para usahawan disarankan untuk mengenal pasti serta mencari kawasan perniagaan di kawasan perumahan seperti di kawasan kediaman kondominium , apartment dan sebagainya.

 

 Kedai Dobi Layan Diri Adan Laundry di Damansara Damai

 

Para bakal usahawan tidak perlu risaukan akan modal perniagaan, pihak syarikat akan membantu para usahawan yang layak dan ingin mendapatkan pembiayaan modal sehingga 70% melalui Permodalan Nasional Berhad (PNS) dengan sokongan Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 

''.....bantuan pinjaman akan diberikan kepada usahawan walaupun usahawan tersebut tidak cukup modal atau belum memulakan sebarang peniagaan tetapi atas kapasiti Franchisor dimana permohonan mereka akan diteliti terlebih dahulu.....kami akan sentiasa mengawal selia perkhidmatan yang diberikan kepada franchisee bagi memastikan kualiti terjamin .....'' Ujarnya lagi.

 

''....Kami tidak mementingkan sumber kewangan usahawan tetapi komitmen mereka.. dimana kami percaya bahawa duit boleh datang kemudian......'' Tambahnya lagi.

 

 Encik Zamani menunjukkan mesin Electroluc di cawangan Adan Laundry di Damansara Damai

 

Selain itu, pihak Adan Laundry memberikan bantuan teknikal sekiranya franchisee menghadapi sebarang masalah teknikal. Adan Laundry menggunakan mesin basuh Electrolux bagi semua perniagaan dobi mereka. 

 

Selaku usahawan 100% Bumiputera ini percaya rakyat Malaysia mampu meningkatkan taraf hidup mereka melalui perniagaan yang benar-benar membawa manfaat.

 

Adan Laundry juga merupakan pengedar sah mesin Electrolux dan sedang mempromosikan diskaun RM1,000 untuk mesin basuh Electrolux sehingga bulan Jun ini dengan menghubungi 03-61500749 atau email kepada adan@adanlaundry.my.

 

Kepada bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan bersama Adan Laundry, info lanjut di laman sesawang www.adanlaundry.my.

 

LATAR BELAKANG ADAN LAUNDRY

 

Memulakan perniagaan dobi sejak tahun 2010 di Damansara Damai, mengambil ilham daripada nama anak sulung beliau Mohd Zuhri Ramadhan. Pada mulanya menjalankan operasi secara dobi timbang kilo atau dobi konvensional. Pada tahun 2013 mulanya perniagaan dobi layan diri seterusnya pada tahun 2014 perniagaan diperluaskan dengan mengetengahkan konsep francais.

 

Sehingga kini sebanyak 41 cawangan termasuk 28 cawangan franchisee dan selebihnya di bawah pengurusan syarikat Qubah Emas Resources Sdn Bhd. Syarikat juga dijangka akan menambah lagi 2 cawangan baharu dalam bulan Mei dan Jun 2019.

 

Selain perniagaan dobi, syarikat turut membekal cecair sabun pencuci, Softener, Hanger, Sarung Plastik baju dan lain-lain. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.