ELYANA KUMPUL DANA BANTU MAKNA

April 19, 2019

 

Sakit bukan alasan buat seorang wanita kental bernama Erneelya Elyana Emrizal atau nama pentasnya Elyana untuk duduk dan mengenang nasib yang menimpanya. Namun wanita yang didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat 4 sejak lebih tujuh tahun lalu itu bangkit menafikan penyakit yang merebak dalam seluruh tubuhnya kini.

 

Dengan membelakangkan penyakit dan menafikan bahawa sel kanser itu sedang mendiami dirinya, Elyana malah terus menghidupkan karier seninya. Menerusi karier seni juga ibu kepada seorang cahaya mata itu membina jambatan dan keyakinan buat banyak pesakit kanser di luar sana agar tidak kenal erti putus asa.

 

Sempena 'meraikan' kekuatan mental dan fizikal mereka membunuh penyakit yang dihidapi, Elyana muncul dengan sebuah idea untuk merealisasikan Konsert 'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert'.

 

la juga merupakan konsert sulungnya sepanjang nama Elyana mencetak sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tempatan termasuk pernah dinobatkan menjadi penerima Anugerah Khas Pilihan Juri dan Peserta Paling Popular di Voice of Asia Kazakhstan pada tahun 2002.

 

Malah, konsert ini diilhamkan bukan untuk tujuan peribadi, sebaliknya 'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' adalah sebuah usaha daľam mengumpul dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan. Konsert in akan berkolaborasi bersama beberapa syarikat-syarikat tempatan dimana sebahagian sumbangan syarikat-syarikat tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit kanser melalui Majlis Kanser Nasional (MAKNA) selaku rakan penerima manfaat.

 

Selain MAKNA, konsert ini juga merupakan satu projek kolaborasi bersama Red Box Group dan Shopee. Tidak hanya menjadi penaja rasmi untuk sidang media konsert, Red Box juga akan membantu dari segi hebahan kepada orang ramai mengenai konsert ini melalui platform sosial media dan juga penyiaran poster konsert di semua outlet mereka. Manakala bagi syarikat penjualan atas talian yang semakin berkembang, Shopee, ini merupakan kolaborasi langsung yang pertama mereka didalam arena industri muzik tempatan dimana penjualan tiket akan dilakukan secara atas talian menggunakan platform syarikat tersebut.

 

"Saya berharap agar Konsert 'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' menjadi sebuah semangat bukan sahaja untuk diri saya tetapi banyaknya rakan senasib saya yang sedang menderita kerana diburu penyakit ini.

 

"Sebagai pesakit kanser, ia bukan satu alamat untuk kita meratapi nasib, sebaliknya menjadi manusia yang lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan juga segala sesuatu yang terjadi adalah atas izin Allah yang sayangkan kita.

 

"Maka saya juga berbesar hati mempersembahkan Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert adalah untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser yang lain. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini mampu membawa erti yang besar terhadap rakan rakan senasib saya," ujar Elyana mengenai alasan konsert tersebut dilakukan.

 

'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' juga adalah sebuah aprisiasi besar buat Elyana yang telah 19 tahun berada dalam belantika muzik tempatan sejak pertama kali menjadi penyanyi pada usianya yang hanya 15 tahun.

 

"Ini juga adalah sebuah aprisiasi saya buat peminat yang tidak jemu menyokong karier seni saya dari zaman album Satu yang digarap pada tahun 2002 sehingga kini saya telah mempunyai seorang anak," tambah Elyana.

 

'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' akan diadakan pada 6 Julai 2019 bermula pukul 8.30 malam di Bentley Music Auditorium, Damansara. la akan berlangsung selama satu setengah jam dengan pembahagian kepada tiga segmen. Hit seperti Niat, Diriku Tapak Sulaiman dan Tak Tercapai Akalmu bersama untaian lagu milik Elyana yang lain akan dilantunkan dalam suasana live band diiringi lima pemain instrumen dan dua penyanyi iringan.

 

Menurut penganjur iaitu MRS Production, pihak mereka cukup berbesar hati untuk menjayakan 'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' kerana ia sebuah inisiatif yang baik dari anak seni untuk kembali berkongsi kepada masyarakat.

 

"Ada yang signifikan di sebalik pemilihan tajuk 'Elyana "Jadi diriku 19" Live in Concert' ini dimana Jadi diriku' merupakan simbolik kekuatan buat diri Elyana sendiri yang kini begitu bersemangat memerangi kanser. Manakala nombor '19' pula merujuk kepada 19 tahun karier seni beliau didalam industri muzik tempatan".

 

"Oleh kerana itu pihak MRS Production tidak berfikir dua kali untuk menganjurkan sebuah persembahan dengan mesej yang mulia ini," ujar Rafie atau dikenali dengan nama panggilan, Peah.

 

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang cukup istimewa dan penuh makna dari Elyana pada 6 Julai 2019 kelak.  Tiket akan mula dijual melalui platform Shopee mulai 24 April 2019 pada harga RM159. 100 pembeli terawal bakal menikmati potongan RM20. Sementara itu , tiket bagi 'Meet & Greet' yang juga terhad kepada 100 pembeli terawal sahaja dijual pada harga RM199.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.