SAJAT BERHABIS RATUSAN RIBU RINGGIT DEMI RATU CANTIK

Usahawan Kecantikan Nur Sajat atau Sajat mengorak langkah maju kehadapan dengan menjadi penaja utama melaburkan wang sehingga ratusan ribu ringgit untuk pertandingan ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 (MGM).

Foto dari kiri : Jude Benjamin National Director MGM, Sajat Usahawan, Debra Jeanne Miss Grand Malaysia 2018

''......saya suka pertandingan ratu cantik ...inilah masa bagi seseorang wanita itu bangkit serta ke depan dalam menonjolkan diri mereka.....'' Kata Sajat yang ditemubual oleh pihak media baru-baru ini.


''........Miss Grand Malaysia merupakan salah satu platform promosi yang akan membawa produk saya iaitu Bengkung untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa...'' Tambah Sajat.


Sajat juga sedang bergiat aktif dalam mempromosi bengkungnya. Jualan Bengkung juga memberangsangkan dan telah dipasarkan ke negara Singapura, Indonesia, Australia dan England. Beliau juga masih mencari stokis baharu yang berminat untuk mempromosikan bengkungnya.


Penganjuran Miss Grand Malaysia 2019 akan diadakan di Miri, Sarawak melibatkan seramai 24 finalis akan berentap untuk dimahkotakan sebagai Miss Grand Malaysia 2019.


Matlamat Miss Grand International (MGI) Beauty Pageant, melalui kempen STOP THE WAR and VIOLENCE, menyampaikan mesej ini secara global, di setiap wilayah, kebangsaan dan antarabangsa melalui semua saluran media. Miss Grand Malaysia (MGMO) menyokong matlamat ini dan berusaha untuk memberikan peluang, menyediakan platform untuk wanita muda Malaysia dan pada masa yang sama menjadi suara yang relevan masa depan.


Malam kemuncak Miss Grand Malaysia 2019 akan diadakan di Merith Hotel, Miri pada 28 April 2019. Tiket-tiket malam kemuncak tersebut boleh didapati di www.ticket2u.com.my dan Ticket2U app.


Untuk info lanjut mengenai MGI bolehla melawat laman sesawang www.missgrandmalaysia.com. MYBUZZ!








Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.