TOP TOP MELETOP AME2019 MILIK KHAI BAHAR & SITI NORDIANA

April 22, 2019

Bertemakan Glam dengan tagline Yang Legit, Yang Legend Anugerah Meletop ERA 2019  #AME2019 dengan unggulnya menutup tirai dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Lelaki), Khai Bahar yang mengekalkan kejuaraan buat kali kedua dan Top Top MeleTOP (Wanita) pula tahun ini dianugerahkan kepada Siti Nordiana telah bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)  jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. 

 

 

 

Anugerah kategori Top Top MeleTOP ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 5 terbaik.

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori anugerah:

 

Muzik

 

Lagu MeleTOP ERA – Jatuh Bangun, Haqiem Rusli

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Grup/Duo MeleTOP- Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

 

 

Radio

 

Penyampai Radio MeleTOP-  Johan JOHARA Pagi ERA

Program Radio MeleTOP- JOHARA Pagi ERA

 

 

Filem

 

Filem MeleTOP- Munafik 2

Bintang Filem MeleTOP- Syafiq Kyle

 

 

TV/Online

 

Drama MeleTOP- Lelaki Kiriman Tuhan

Program MeleTOP- Sepahtu Reunion Live Al - Puasa

Pelakon TV MeleTOP - Syafiq Kyle

Hos MeleTOP - Siti Nordiana

 

 

Selebriti

 

Artis Baharu MeleTOP - Eyra Hazali

Artis Lawak MeleTOP -Jep

Couple MeleTOP- Fattah Amin & Fazura

Fesyen MeleTOP - Syafiq Kyle

Si Cilik MeleTOP- Yusoff Al Qardawi

 

Kesemua 16 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan ASTRO. Pemenang dipilih juga berdasarkan jumlah undian tertingi di kalangan calon 5 terbaik  untuk setiap kategori. Malam tadi juga penerima Anugerah Khas AME2019 diberikan kepada Datuk M Daud Kilau di mana beliau telah menyumbang khidmat bakti hampir 50 tahun dalam dunia hiburan.

 

 

Membariskan penyampai-penyampai anugerah AME2019 terdiri daripada Amber Chia, Mira Filzah, Remy Ishak, Rashidi Ishak, Zahirah McWilson, Aiman Hakim, Aiman Tino, Zizan Razak, Azar Azmi, Nabil Ahmad, JIhan Muse, Joey, Ajak Shiro, Didie Alias, Suffian Suhaimi, Neelofa, Atiqah Suhaime, Farah Nabilah, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Janna Nick, Ayda Jebat dan Fatin Afeefa.

 

 

Sekitar Acara Red Carpet AME2019

 

Acara ini digamatkan oleh hos MeleTOP Nabil Ahmad, Neelofa & Jihan Muse.  Showcase dihoskan oleh Danial Zaini dan Hani Fadzil. Manakala hos Konsert Tirai dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Ain Edruce.

 

Malam AME2019 membariskan persembahan hebat daripada Aman Ra, Pop Shuvit,  Floor 88 ft Baby shima, Ismail Izzani, Andi Bernadee, Santesh, Ayda Jebat, Ella, Shafiq Farhain, Haqiem Rusli, Suffian Suhaimi, Hael Husaini, Misha Omar, Khai Bahar, Siti Nordiana, Akim & The Majistret, Exist dan Zizi Kirana.

Pada sebelah petang Konsert Tirai AME 2019 dipersembahkan oleh Floor 88-Lagu Tema 100 Plus, Wany Hasrita-Terlalu Memuja, Danial Zaini -Siti Bilang Cuti, One Avenue Band-Kisah Cinta Kita, Nabila Razali- Vroom Vroom dan Sarah Suhairi- Naywa & Raga. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.