VICTORIA SLOANE LANCAR KOLEKSI TAS TANGAN EDISI SPRING SUMMER 2019


Wanita dan tas tangan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Tanpa mengira usia, semua wanita diluar sana pasti akan setuju bahawa penampilan mereka tidak lengkap tanpa adanya tas tangan. Jesteru baru-baru ini, sebuah koleksi dari jenama tas tangan , VICTORIA SLOANE yang dimiliki oleh Rita Dato 'Sosilawati, telah dilancar. VICTORIA SLOANE merupakan koleksi beg tangan jenama Malaysia yang mengadun ideasi Asia dengan standard pembuatan Itali. Dengan reka bentuknya sangat 'urban' dan praktikal, Victoria Sloane menyasarkan pasaran tas tangan ini untuk semua wanita dari kelas pertengahan-atas. Victoria Sloane mengetengahkan 'eksklusiviti' dalam setiap rekaan tas tangannya, jesteru setiap rekaan dihasilkan secara terhad dan tidak akan mengulangi reka bentuk yang sama.


Sekilas pandang koleksi Victoria Sloane kali ini memberi gambaran penampilan klasik, dimana setiap rekaan tas tangan mempunyai kualiti yang 'versatile' yang membolehkan si pemakai menggunakannya secara praktikal di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ianya sesuai digayakan pada waktu malam, terutamanya tas tangan dengan kemasan emas berkilat, dan juga pada siang hari untuk acara kasual atau bahkan di tempat kerja. Warna-warna cerah dan menyeronokkan seperti merah dan biru untuk mereka yang lebih muda dan berani, manakala warna hitam, coklat dan perak difokuskan kepada wanita yang lebih matang. Pendek kata, Victoria Sloane sesuai untuk wanita pada setiap peringkat usia. Dengan ciri-cirinya yang pelbagai fungsi dan rekaan gaya baru, menjadikan koleksi ini begitu unik dari jenama tas tangan lain.


Reka bentuk tas tangan koleksi ini direka sepenuhnya untuk memenuhi setiap perubahan 'mood' dan gaya wanita. Tali tas yang boleh ditanggalkan, membolehkan si penggunanya untuk menyuaipadan dengan menjadikannya sebagai tali pinggang, beg bahu atau bahkan 'clutch', dan boleh digunakan sebagai aksesori tambahan yang boleh digayakan bersama secara formal atau semi formal. Terbuat dari kulit buatan (faux leather), koleksi tas tangan Victoria Sloane dihasilkan sepenuhnya buatan tangan dan mempunyai kualiti yang sangat tinggi serta tahan lama dengan ruang (compartment) untuk menampung banyak perhiasan dan pelbagai kandungan lain yang biasa dibawa oleh wanita setiap hari. Dengan adanya ciri ini, tas tangan akan lebih teratur dan si pemakai dapat mengambil semula barang-barang mereka dengan mudah. Semua ini merupakan hasil pemikiran serta idea kreatif Rita Dato' Sosilawati sendiri bersama pasukannya, dalam mereka bentuk koleksi tas tangan ini.



VT Koleksi Victoria Sloane Edisi Spring/Summer 2019

Victoria Sloane secara rasminya telah melancarkan koleksi tas tangan baharu Spring Summer 2019 di The Majapahit @ Marc Residence, KLCC pada 17 April 2019. Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh pengasas Victoria Sloane sendiri, Rita Dato 'Sosilawati. Foto by: The Majapahit



Terdapat 5 jenis tas tangan Victoria Sloane untuk koleksi baharu Spring Summer 2019 - Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew. Bagi koleksi tas tangan Warwick, boleh didapati dalam pilihan 6 warna - Pink, Dusty Pink, Sand, Rose Pink, Hijau / Kelabu / Nude dan Ungu / Hijau / Biru yang akan dijual pada harga RM199 setiap satu. Bagi koleksi tas tangan Essex, boleh didapati dalam pilihan 4 warna seperti Merah, Emas, Biru dan Coklat yang akan dijual pada harga RM199 setiap satu. Sementara itu, bagi koleksi tas tangan Holborn, ia juga didatangkan dalam pilihan 4 warna warna - Putih, Merah Jambu, Purple & Dusty Purple yang akan dijual pada harga RM189 setiap satu, manakala Maroon, Nude, Black & Silver adalah pilihan warna yang tersedia untuk koleksi tas tangan Abbey dan dijual pada harga RM179 . Koleksi terakhir yang tidak kurang hebatnya adalah koleksi tas tangan Kew yang mempunyai 5 pilihan warna Perak, Emas, Kelabu Perak, Hitam dan Merah. Koleksi ini dijual pada harga RM169 untuk setiap satunya.


Dalam masa yang sama tas tangan Victoria Sloane akan dijual di platform beli-belah atas talian Shopee. Koleksi tas tangan Victoria Sloane pasti akan melengkapkan setiap gaya, penampilan dan rupa dengan sentuhan penamatnya. Dengan tas tangan Victoria Sloane yang kelihatan eksklusif dan cantik, keyakinan wanita pasti akan lebih terserlah. Tukar gaya anda hari ini dengan menggunakan hanya satu beg tangan dengan Victoria Sloane.

GALERI |PELANCARAN TAS TANGAN VICTORIA SLOANE EDISI SRING SUMMER 2019

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.