BERKAT USIA PALING MUDA SAM SHAFFIK BERGELAR JUARA MPM 2019

April 23, 2019

Mister Planet-Nation Malaysia 2019 yang telah berlansung selama hampir empat bulan akhirnya tiba ke acara kemuncak pada hari Sabtu lalu di Auditorium Muzium Negara Malaysia.

 

 Foto Dari Kiri : Zeroq Mubin (2nd Runner Up), Sam Shaffik (Juara MPM2019) dan Azri Rahim (1st Runner Up)

 

Sam Shaffik, remaja berumur 18 tahun telah dinobatkan sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019 telah membawa pulang hadiah bernilai hampir RM 5,000 yang berupa wang tunai, kontrak artis di bawah pengurusan Fastyle Entertainment selama setahun, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, sash, trofi, custom made outfit tajaan Azhar Zainal, pakej fotografi eksklusif dari Blackpepper Production dan juga hamper tajaan Beloora Gold. Manakala pemenang tempat kedua, Azri Rahim dan ketiga, Zeroq Mubin telah menerima hadiah bernilai lebih RM 2000 setiap seorang berupa wang tunai, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, sash, custom made outfit tajaan Azhar Zainal dan juga hamper tajaan Beloora Gold.

 

 

 Foto dari kiri; Top 5 Finalis MPM 2019- Izwan Ali, Zeroq Mubin, Sam Shaffik, Azri Rahim & Aidil Amin

 

Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Shaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang sash beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.

 

 

 

Majlis kemuncak itu telah dihadiri oleh lebih 200 penonton serta personaliti-personaliti terkenal tanah air seperti E1 Band, Harris Anuar dan ramai lagi.

 

Sejajar dengan misi MPM 2019 dalam mencari bakat baharu untuk menyinari dan menjadi pelapis industri hiburan Malaysia, pihak penganjur FASTYLE Entertainment telah membawa barisan juri berpengalaman dari industri hiburan bagi mengadili acara kemuncak itu. Antaranya Haji Zil (Zeel Production), Bustamam Mokhtar (White Studio), Chez Hamdan (Chez Hair Studio) dan Afdal Shahizad Zainudin (Astro Shaw).

 

Selain prestasi bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang empat bulan yang lalu, penilaian oleh juri-juri jemputan pada Grand Final MPM 2019 juga telah di ambil kira dalam menentukan pemenang gelaran Mister Planet-Nation Malaysia 2019. Pemarkahan oleh juri-juri pada hari tersebut dinilai melalui beberapa segmen seperti cat-walk, persembahan perseorangan dan sesi soal jawab.

 

Seperti acara-acara kemuncak MPM sebelumnya, 5 gelaran istimewa telah dipertandingkan di samping 3 gelaran utama; Mister Planet-Nation Malaysia 2019, 1st Runner up dan 2nd Runner up. Gelaran-gelaran istimewa tersebut adalah Mister Photogenic, Mister Friendship, Mister Fitness, Mister Talented dimana ia diadili oleh para juri jemputan dan akhir sekali, gelaran Mister Favorite yang diadili oleh para penyokong MPM 2019 melalui website rasmi penganjur, www.fastyleasia.com/fastyle-entertainment.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini Mister Planet-Nation Malaysia ’19 (MPM) anda boleh kunjungi akaun Instagram rasmi MPM, @misterplanetnationmalaysia. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.