RAMADHAN KAREEM DI CHARCOAL, THE SAUJANA HOTEL KUALA LUMPUR

April 23, 2019

 

Untuk anda yang inginkan kelainan sewaktu Iftar Ramadhan nanti, luangkan masa untuk ke The Saujana Hotel Kuala Lumpur. TSHKL menjemput anda, rakan taulan, keluarga serta yang tersayang untuk menikmati hidangan iftar dalam suasana tenang tetapi meriah di Restoran Charcoal.

 

Apa tidaknya! Untuk tahun 2019, Restoran Charcoal menyajikan lebih dari 180 sajian berbuka puasa yang enak, hinggakan melihat hamparan sajiannya sahaja sudah mampu buat mulut anda terasa kecur. Pilihan menu istimewa sajian Melayu, India, Cina, Indonesia, Italy, Jepun, Timur Tengah menyerikan lagi sambutan bulan Ramadhan penuh makna di TSHKL.

Cubalah nikmati 'Sup Gear Box' yang disediakan panas penuh dengan aroma serta keenakan 'Kambing Golek' yang diperap dengan rempah ratus, pasti buat selera anda terbuka. Anda juga harus  mencuba hidangan signatur 'Ayam Kampung Masak Merah Saujana', 'Daging Masak Hitam Charcoal', disamping menu lain seperti ‘Gulai Ikan Yu dengan Daun Kesom’, ‘Ketam Masak Lada Hitam’, ‘Daging Masak Merah dengan Nenas’, ‘Sotong Goreng Rangup Masak Pedas’, ‘Kai Lan Goreng Ikan Masin Cili Padi’, ‘Udang Laut Goreng Mentega Basah’, ‘Itik Panggang bersama Sos Pedas’, ‘Ikan Patin Asam Tempoyak’, dan banyak lagi hidangan tradisi untuk dipilih.

 

Sementara itu, bagi penggemar makanan laut, anda tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati menu pilihan popular di Charcoal seperti 'Seafood on Ice bersama Poached Tiger Prawn', 'Ketam Bunga' dan 'Kupang New Zealand' disamping 'Tiram Bakar bersama Keju Cheddar Oren' dan 'Bayam Berkrim'.


Charcoal juga turut menyajikan menu sajian panggang seperti 'Sotong Perap Kunyit', 'Daging Rusuk bersama Saffron dan Buah Pelaga, serta ' Kerang Air Asam'.

 

 

Istimewanya di dapur terbuka Charcoal, tetamu serta pengunjung TSHKL dapat menyaksikan sendiri bagaimana Chef serta pembantu-pembantu mereka bertungkus lumus menyediakan semua sajian berbuka puasa sekali gus memberi peluang baru kepada setiap yang hadir ke Charcoal untuk berbuka puasa.

 

Terdapat beberapa lagi menu signatur yang wajib dicuba kerana ianya tidak boleh didapati ditempat lain. Antaranya seperti 'Nasi Lemak Bungkus Telur Charcoal' yang mana nasi lemak tersebut disediakan bersama Sambal Ikan Bilis dan Bawang, Sambal Sardin serta Ayam Panggang Percik serta dibungkus sepenuhnya didalam balutan telur dadar kuning keemasan.

 

Tidak dilupakan resipi istimewa 'Popiah Telur Dadar' dan 'Lempeng Tepung bersama Sambal Sardin' yang dibuat dengan penuh rasa kasih sayang oleh 'Aunty Bel', seorang Senior Chef yang pakar dalam menu masakan Peranakan dan telah berkhidmat seusia kewujudan TSHKL lagi.

 

Tidak dilupakan menu pemanis mulut yang pelbagai dari pilihan kuih muih tradisional, dan 'Goreng-Gorengan'. Turut disediakan 6 jenis jeruk disamping 'Bubur Lambuk', 'Bubur Pulut Duria', 'Dodol', 'Tapai Ubi' serta 'Tapai Pulut', 'Ais Kacang Durian', 'Kek', serta 'Buah-Buahan Tempatan'.

 

 

 

INFORMASI

Tema: TARIKAN JUADAH DARI SENTUHAN SANUBARI

Tempoh: 6 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Harga: Dewasa - RM162++ / Kanak-Kanak (6-12 thn) - Diskaun 50% / Kanak-Kanak (bawah 6 thn) - Percuma.

Tempahan Kumpulan dalam kuantiti 40 orang dan keatas - RM165 Bersih

Early Bird - Potongan 20% untuk tempahan pasti yang dibuat sehingga 26 April 2019

Potongan 20% untuk pemegang Kad Maybank & CIMB

Potongan 20% untuk ahli LBS &SGCC (tempahan awal diperlukan)

Baucar 'Ramadhan Buffet Gift' turut dijual untuk dihadiahkan kepada keluarga, klien serta rakan kongsi perniagaan

 

Untuk mereka yang memilih untuk menginap , sajian Sahur disediakan berdasarkan permintaan semasa tempahan bilik dibuat.

 

Untuk mereka yang mengadakan majlis Iftar secara berkumpulan dalam kuantiti 40 orang atau lebih, pihak TSHKL boleh menyediakan dewan 'ballroom' dengan tema 'Kampungku' yang dihias indah dengan 'Kain Batik' dilengkapi hiasan dekorasi 'Pelita' serta 'Ketupat'.

 

Bagi mereka yang memilih untuk berbuka puasa dalam suasana  selesa dirumah atau lokasi lain, pihak TSHKL turut menyediakan perkhidmatan katering. Sila hubungi Talian Katering di +603-7843 1234, (samb 6053) atau emel kepada info@thesaujana.com

 

Untuk pertanyaan dan tempahan Bufet Ramadhan sila layari www.saujanahotels.com atau hubungi talian +603 - 7843 124 (samb 6122) atau emel kepada dine@thesaujana.com

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.