AZADAN RABBANI JULUNG KALINYA ANJUR FESTIVAL RAMADHAN 2019

April 24, 2019

Ahlan wahsahlan ya Ramadhan…..dah nak puasa, raya pun bakal menjelma.   Nak membeli belah untuk persiapan hari raya? Tak payah bersesak-sesak menempuh jem ke ibu kota, kami beri kemudahan untuk anda senang saja…Oleh itu Rabbani Resources yang dimiliki oleh Ustaz Azadan Rabbani dan En. Khairul Faisal buat julung kali nya menganjurkan Festival Ramadhan 2019.

 

Foto : Ustaz Azadan Rabbani

 

Bermula 1 mei 2019 ini hingga 1 jun 2019 Star Avenue Subang Bistari kembali bergema dengan kunjungan orang ramai dengan adanya Festival Ramadan anjuran Rabbani Resources, rakan penaja dan dengan kerjasama pihak Star Avenue Mall. Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang program antaranya Gerai Jualan pelbagai produk persiapan hari raya seperti baju raya, hiasan wanita, perabut, barang kemas, produk kecantikan, barang elektronik, gajet, kuih raya, makanan kesihatan dan banyak lagi.


Lebih menarik lagi Festival Ramadan @star avenue Subang Bistari menyajikan aktiviti yang bersesuaian dibulan yang mulia ini antaranya, Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, Solat Terawih berjemaah, Moreh, Tadarus Al Quran, Bubur Lambuk dan Kuanter Zakat Fitrah.

 

 


Kemeriahan Festival Ramadan @star Avenue Subang Bestari pasti mengemparkan dengan adanya penampilan istimewa daripada artis artis Popular sepanjang zaman seperti Dato Nasir Wahab, Rohana Jalil,Siti Fairuz,  Zaiton Samion, Farhan Af, Isma Af, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Raihan, Putra Fawazz.


Peluang terbaik untuk pengunjung dan peminat artis kesayangan anda untuk membeli dan mendapatkan produk berjenama dengan harga istimewa seperti Baju melayu, Kurta, jubbah, tudung dan kuih raya di sepanjang Festival Ramadan @star Anvnue Subang Bistari.


Hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah yang membeli belah di Festival Ramadan @star Avenue Subang Bistari akan mendapat ampau dan hamper raya. Cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadan ini.


Bagi rakan niaga yang ingin mendapatkan makluman detail berkaitan booth dan sebagainya bolehlah berhubung dengan wakil kami di talian 01161329179 atau 01132621042 atau layari Facebook dan Ig “Festival Ramadan”.


“ bulan Ramadan bulan yang Berkat, bulan Rahmat dan bulan utama, Pahala digandakan Doa di terima bulan LailatulQadar yang istimewa”  MYBUZZ!

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.