SEDAP & SEGARNYA! FISHERMAN'S PERISA TERBARU BLACKCURRANT

Sekali makan nak lagi!.....begitu sekali perisa Lozeng Blackcurrant yang terbaru daripada Fisherman's Friend yang akan membuat mulut dan tekak anda berangin.



Menggabungkan perisa mentol yang menjadi lambang keunggulan Fisherman’s Friend dengan sentuhan kesegaran buah anggur hitam, lozeng terbaru ini pasti akan mendapat sambutan.


Lozeng Fisherman’s Friend digemari oleh rakyat Malaysia dan terkenal kerana keupayaannya memberikan kesan kelegaan dan kesegaran nafas. Setiap pek lozeng Fisherman’s Friend membawa ciri inovatif “Zip & Lock” (penutup zip), untuk memastikan setiap lozeng segar hingga yang terakhir!


Selama ini, Fisherman’s Friend telah memperkenalkan pelbagai produk untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna, termasuk lozeng tanpa gula. Tambahan terbaru ini juga tidak mengandungi gula dan merupakan alternatif yang sesuai untuk mereka yang mahukan pilihan produk tanpa gula.


Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Fisherman’s Friend di Malaysia, “Sebagai jenama yang terkenal dan mempunyai kedudukan global yang kukuh, kami komited untuk menawarkan produk yang segar dan menarik kepada pengguna. Dengan tambahan lozeng terbaru kami, pelanggan boleh menikmati manisan rasa buah-buahan yang segar dan juga mendapat kelegaan segera daripada kerengsaan tekak dan batuk. Sesungguhnya anggur hitam digemari oleh rakyat Malaysia, dan itulah sebabnya produk ini cepat menjadi kegemaran ramai!”


Tedapat pelbagai perisa yang lain

Keluaran lozeng Fisherman’s Friend yang melebihi lima billion setiap tahun di seluruh dunia dengan sentuhan kesegaran lozeng anggur hitam baharu masih didambakan, sama seperti lozeng asli Fisherman’s Friend yang pertama dicipta di England pada 1865.


Lozeng Fisherman’s Friend Blackcurrant boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya, kedai serbaneka, kios stesen minyak dan kedai farmasi di seluruh Malaysia. Produk dijual pada harga jualan yang disyorkan RM4.20 untuk pek 25g.


Semua produk Fisherman’s Friend disahkan halal. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.