IFTAR DI MALAYSIAN PETROLEUM CLUB GAMIT PENGUNJUNG MELIHAT PEMANDANGAN KLCC

April 26, 2019

“Malaysian Petroleum Club” (MPC) adalah salah sebuah Kelab yang berprestij di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1991. Ia terletak di dalam bangunan Menara Berkembar KLCC di Aras 41, 42 & 43 di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga merupakan Menara Berkembar yang tertinggi di dunia pada abad ini.

 

Bagi Iftar untuk tahun ini, beberapa pembaharuan telah dibuat dimana kanak-kanak dibenarkan untuk masuk bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah berbuka puasa disamping dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada semua warga dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berpengalaman menikmati keindahan Menara Berkembar KLCC dari Aras 43. Bagi pengunjung yang berbuka disini, anda juga berpeluang untuk memasuki Sky Bridge di aras 42 secara percuma (Tertakluk pada Terma).

 

 

Sepanjang Ramadhan, dibuka pada hari Isnin, 6 Mei 2019 – Sabtu, 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang – 10.00 malam termasuk hari Cuti Umum & ditutup pada hari Ahad. Harga Jualan Tiket “Early Bird” ialah RM98.00 bersih seorang bermula dari dari Isnin, 18 Mac 2019 – Sabtu, 27 April 2019.

 

Harga asal ialah RM128.00 bersih seorang (Dewasa) dan harga bagi Kanak-kanak yang berumur 6 – 12 tahun & Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas ialah RM68.00 bersih seorang. 

 

MPC menyajikan pelbagai pilihan makanan segar yang terhidang di Meja Buffet kami yang melebihi 100 jenis pilihan makanan yang terdiri daripada juadah makanan Malaysia dan juga luar negara. Untuk kanak-kanak, hidangan khas untuk mereka disediakan dan MPC juga mempunyai makanan yang dimasak secara lansung (Live Cooking) disamping makanan utama (Main Dish) yang disajikan khas daripada Chef kami yang berpengalaman iaitu Chef Shahrul & Chef Shukor. Seperti yang sering digemari oleh kebanyakan pengunjung, kami juga menyediakan “Kambing Golek” khas bagi penggemar Kambing.

 

 

Menu makanan yang disediakan akan berubah pada setiap hari. Di samping menjamu juadah yang menyelerakan, MPC juga menyediakan persembahan muzik santai daripada Band Akustik yang berpengalaman dari kumpulan “Seri Cahaya”.

 

KOD PAKAIAN

 

Berdasarkan terma & syarat bangunan, di sini menitik beratkan kepada syarat etika berpakaian dimana pakaian seperti T-Shirt Kolar Bulat (Round Neck T-Shirt), Seluar Jean Koyak (Fancy/ Torn Jean), Selipar (Sandal), Seluar Pendek (Short Pants) atau pakaian yang menjolok mata adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam bangunan.

 

Untuk pertanyaan lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi Shikin di talian +603-2166 3200 atau +6017-646 6183 (WhatsApp sahaja) atau Joe di talian +6016-264 3122.

 

Alamat :

Malaysian Petroleum Club Level 41, Tower 2, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre 50088 Kuala Lumpur, Malaysia. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.