AINI SOPHIE JUARAI IKON PENCARIAN WANITA MELAYU EDISI 2019

April 29, 2019

 

Plaza Shah Alam dengan kerjasama jenama terkenal barang kemas antarabangsa, HABIB sekali lagi  telah menganjurkan Pencarian Wanita Melayu 2019 yang mana peringkat akhir telah berlansung pada hari Sabtu, 20 April 2019 di Plaza Shah Alam, Selangor.

 

Pada pertandingan peringkat akhir tersebut, juri sebulat suara telah menobatkan Aini Sophie, 19, yang juga merupakan peserta termuda sebagai IKON Pencarian Wanita Melayu untuk tahun ini. Berasal dari Melaka, Aini Sophie yang merupakan seorang penari berjaya mengetepikan  9 peserta lain dan merangkul kejuaraan tahun ini.

 

Sementara itu naib juara dimenangi oleh Fatin Nabilah, 21, seorang pramugari yang berasal dari Selangor. Manakala tempat ketiga menjadi milik Farzana Zainul Abidin, 22, yang berasal dari Johor. Terdapat 3 kategori tambahan yang dipertandingkan iaitu 'Miss Personality' yang menjadi milik Nur Jannah Adibah, 29 , 'Miss Photogenic'  yang dimenangi oleh peserta, Natasha Azman, 24 dan 'Miss Confidence by XIXILI' yang di menangi oleh Nurul Aina, 24 yang berasal dari Pulau Pinang.

 

 

 

Program yang telah menerima sebanyak 500 penyertaan awal sejak Februari 2019, telah membawa 30 penyertaan ke peringkat separuh akhir dan sebanyak 10 orang peserta telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir.

 

Sebanyak 2 sesi uji bakat telah dijalankan di dua lokasi iaitu di Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir telah dinilai  daripada aspek keterampilan, IQ, skil komunikasi dan 'catwalk'.

 

Sementara itu, kesemua 10 peserta yang terpilih ke peringkat akhir telah melalui beberapa sesi persedian khusus seperti kelas solekan, 'grooming' dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta 'styling challenge' bersama penaja bersama MC Vogue dan Xixili.

 

Bagi melengkapkan kesemua aktiviti ke peringkat akhir , kesemua finalis telah menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019, iaitu Habib Jewels dan Ice-Watch yang merupakan sebahagian dari agenda utama program 'Pencarian Wanita Melayu' pada edisi kali ini.

 

Bersempena dengan sambutan tahunan Pesta Berlian HABIB Jewels pada tahun ini yang bertemakan "Keajaiban Alam", kesemua finalis telah mendapat peluang memperagakan koleksi terbaharu dari koleksi berlian 'Swan Lake' dan #MyFirstHabib. Koleksi Swan Lake diinspirasikan dari keindahan tarian Balet Rusia yang menzahirkan gerak gemalai tari balet dan bebayang angsa yang anggun.

 

Program Pencarian Wanita Melayu edisi 2019 peringkat akhir, diacarakan oleh Fahrin Ahmad dan telah diadili oleh Pensyarah Fesyen Uitm, Encik Faizal Hamid, Editor Majalah Intrend, Puan Rosie Haslinda Nasir, Model, Asyraf Dasley dan Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Puan Azura Mohktar.

 

Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran PWM,  telah melanncarkan Tabung Charity PWM2019 khas untuk disalurkan kepada MAKNA bagi membantu wanita-wanita yang mengalami penyakit kanser payu dara. .Penyerahan kutipan tabung telah dilaksanakan pada penghujung acara dan di sampaikan kepada Wakil MAKNA iaitu Cik Habiba Abdul Rahman (Outreach Programme Facilitator).

 

Program Pencarian Wanita Melayu Edisi 2019 telah mendapat tajaan bersama dari penaja seperti Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando Beauty & Cosmetics, Ras Agarwood  Ashira Kaseh.dan Ice-Watch

GALERI |GRAND FINAL IKON PENCARIAN WANITA MELAYU 2019

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.