PELUANG AKHIR UNTUK SERTAI STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019


Hari Raya pastinya tidak lengkap dengan aktiviti membeli-belah. Perkara paling penting dan wajib dibeli pastinya perkara asas seperti pakaian baharu, kuih-muih, perhiasan rumah dan banyak lagi. Tidak kiralah perempuan mahupun lelaki pastinya sibuk dalam menyediakan persiapan akhir Aidilfitri agar lebaran yang bakal disambut nanti nampak kelainan dari tahun - tahun yang lalu. Jangan khuatir kerana Diva Puk...Puk...Puk ada solusinya!


Buat pertama kalinya, Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors Fest, Puan Ifa Raziah dan seluruh warga kerja Star Vendors Mega Raya Fest 2019 dengan bangganya bakal mengadakankan sebuah festival beli-belah Aidilfitri untuk para peniaga menjalankan aktiviti jual-beli bersempena Hari Raya Aidilfitri.


Festival beli -belah ini bakal menghimpunkan vendor-vendor 'Online Shop' terkemuka Malaysia serta barisan artis dan selebriti terkenal tanahair diantaranya termasuklah Ifa Raziah, Fazli Zainal, Anuar Zain, Dato' Rosyam Nor, Datuk Hj Aznil Nawawi dan ramai lagi termasuk Usahawan Bumiputera Muda yang baru menapak dalam dunia perniagaan. Selain itu festival yang bakal berlansung ini bakal membuka peluang kepada usahawan untuk mencari rakan niaga serta pada masa yang sama meluaskan rangkaian niaga sedia ada.


Terdapat lebih dari 100 usahawan pelbagai produk dan perkhidmatan tempatan termasuk produk IKS dan antarabangsa yang bakal mempamer dan menjual produk serta perkhidmatan mereka di festival beli-belah Star Vendors Mega Raya Fest 2019. Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan diadakan pada bulan Ramadhan ini, pada 24, 25 dan 26 Mei 2019 di Hall 3 dan 4, Putra Trade World Centre (PWTC) Kuala Lumpur.


Kelebihan yang ditawarkan kepada pengunjung adalah festival Star Vendors Mega Raya Fest 2019 ini dijangka akan beroperasi selama 24 jam sehari, selama 72 jam untuk 3 hari berturut-turut. Selain itu, pihak penganjur turut akan mengadakan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai sehingga RM60 ribu.


Jadi, untuk pengunjung yang bekerja di siang hari, mereka boleh berkunjung pada waktu malam untuk membeli belah persiapan lebaran . Tiada lagi istilah "Kerja, macam mana nak pergi?".


Festival beli-belah terbesar sempena sambutan Aidilfitri tahun ini , menyasarkan kunjungan seramai 2.5 juta orang serta dijangka bakal menjana jualan sehingga RM10 juta. Penyertaan kepada vendor-vendor masih lagi dibuka dengan harga sewaan booth jualan yang ditawarkan serendah RM5,000.


Star Vendor Fest 2019 mendapat sokongan padu dan dimeriahkan oleh penaja utama, NUC Car dan penaja bersama Neffos dan Udani Carpet. Tidak lupa juga, Radio Rasmi Star Vendor Fest, Suria FM.


Star Vendor Festival, lebih Vogue, Lebih Havoc, Ini Baru Raya!.




Untuk sebarang pertanyaan lanjut, berkenaan vendor dan booth, sila hubungi Embun ditalian +6012-6273292 atau emel terus kepada fazlizainalstarvendors@gmail.com

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.