AINI SOPHIE JUARAI IKON PENCARIAN WANITA MELAYU EDISI 2019


Plaza Shah Alam dengan kerjasama jenama terkenal barang kemas antarabangsa, HABIB sekali lagi telah menganjurkan Pencarian Wanita Melayu 2019 yang mana peringkat akhir telah berlansung pada hari Sabtu, 20 April 2019 di Plaza Shah Alam, Selangor.


Pada pertandingan peringkat akhir tersebut, juri sebulat suara telah menobatkan Aini Sophie, 19, yang juga merupakan peserta termuda sebagai IKON Pencarian Wanita Melayu untuk tahun ini. Berasal dari Melaka, Aini Sophie yang merupakan seorang penari berjaya mengetepikan 9 peserta lain dan merangkul kejuaraan tahun ini.


Sementara itu naib juara dimenangi oleh Fatin Nabilah, 21, seorang pramugari yang berasal dari Selangor. Manakala tempat ketiga menjadi milik Farzana Zainul Abidin, 22, yang berasal dari Johor. Terdapat 3 kategori tambahan yang dipertandingkan iaitu 'Miss Personality' yang menjadi milik Nur Jannah Adibah, 29 , 'Miss Photogenic' yang dimenangi oleh peserta, Natasha Azman, 24 dan 'Miss Confidence by XIXILI' yang di menangi oleh Nurul Aina, 24 yang berasal dari Pulau Pinang.




Program yang telah menerima sebanyak 500 penyertaan awal sejak Februari 2019, telah membawa 30 penyertaan ke peringkat separuh akhir dan sebanyak 10 orang peserta telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir.


Sebanyak 2 sesi uji bakat telah dijalankan di dua lokasi iaitu di Plaza Shah Alam dan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula Mac lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir telah dinilai daripada aspek keterampilan, IQ, skil komunikasi dan 'catwalk'.


Sementara itu, kesemua 10 peserta yang terpilih ke peringkat akhir telah melalui beberapa sesi persedian khusus seperti kelas solekan, 'grooming' dan etika, cabaran fizikal bersama Anytime Fitness serta 'styling challenge' bersama penaja bersama MC Vogue dan Xixili.


Bagi melengkapkan kesemua aktiviti ke peringkat akhir , kesemua finalis telah menghadiri satu sesi khas bersama penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2019, iaitu Habib Jewels dan Ice-Watch yang merupakan sebahagian dari agenda utama program 'Pencarian Wanita Melayu' pada edisi k