UJIBAKAT PERTANDINGAN MISS COSMOPOLITAN MALAYSIA 2019 BERMULA JULAI INI

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia telah menganjurkan pertandingan Miss Cosmopolitan World (MCW) edisi pertama pada tahun 2015. Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa yang melibatkan lebih daripada 30 buah negara. Acara berprestij ini dianjurkan oleh Amelia Productions yang juga merupakan pengasas Miss Cosmopolitan World.

Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk semangat yang kuat dalam pertandingan serta penglibatan para peserta. Organisasi MCW memasang impian besar untuk menjadikan pertandingan ratu cantik ini menjadi suatu acara tahunan dengan populariti yang hebat, serta menjadi satu pengalaman yang sentiasa diingati para peserta dan penonton.

Bersempena dengan “Visit Sarawak 2019”, Organisasi MCW bakal memperkenalkan Sarawak dalam peta pertandingan pada edisi kali ini dengan mengetengahkan lokasi pelancongan dan aktiviti-aktiviti menarik dalam pertandingan itu kelak. Objektif Organisasi MCW adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada pelancongan di Malaysia sekaligus membina nilai pelancongan tempatan.

Pada tahun 2015, acara ini menjadi sejarah dalam industri Pertandingan Ratu Cantik di Malaysia dengan peserta dari seluruh negara menyertainya secara percuma. Inovasi ini menjadi asas kepada pertandingan ratu cantik serantau dunia secara tidak langsung mempromosikan budaya Pertandingan Ratu Cantik pada dunia.

Pada tahun 2018, acara ini telah menjadi satu kejayaan selama 4 tahun diadakan dengan berprestij yang melibatkan 18 buah negara pada tahun 2015, kepada 30 buah negara pada tahun 2018. Tahun ini merupakan tahun kelima Miss Cosmopolitan World dianjurkan dan akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.


Istimewa tahun ini, secara pertama kalinya setelah lima tahun penganjuran, Miss Cosmopolitan World 2019 bakal menganjurkan pemilihan peserta di peringkat nasional. Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 bakal diadakan secara eksklusif untuk mencari jelitawan-jelitawan tempatan dari seluruh Malaysia sebagai peserta. Pemenang Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 kemudian akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, Miss Cosmopolitan World 2019.


Organisasi MCW berharap acara ini akan menjadi satu acara yang glamor dan menarik dengan keunikkan dalam industri Pertandingan Ratu Cantik di Malaysia. Miss Cosmopolitan Malaysia 2019 edisi pertama ini turut mendapat sokongan dari rakan penaja seperti Sahala Restaurant, Ain Creative Design serta Archprint & Rosebar.

VISI Bagi menjadi acara yang terus dikenali dan dikehendaki Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa untuk mempromosi Malaysia menerusi kekuatan promosi dan menambah penglibatan dari sesebuah negara pada setiap tahun.


MISI KECANTIKAN Melantik dan melatih wakil Malaysia untuk Miss Cosmopolitan World yang mempunyai watak seorang wanita yang berdikari, sentiasa memperbaikki diri sendiri, berani berimpian, cantik dan berbakat.


OBJEKTIF

  • Miss Cosmopolitan World adalah satu platform untuk memupuk perpaduan dan kesefahaman antara Asia dan benua yang lain.

  • Menambahkan kepelbagaian dan kekuatan negara yang terlibat dengan menunjukkan bakat individu masing-masing.

  • Menyediakan peluang kepada peserta untuk membina kemahiran individu melalui aktiviti berkumpulan termasuk pengucapan awam dan beberapa aktiviti yang berkaitan.


TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT


  • Aktiviti tanggungjawab social korporat akan dijalankan sepanjang ‘pageant week’.

  • Memupuk tanggungjawab sosial kepada peserta dan mewujudkan kesedaran kepada awam dengan pengaruh, popularity, dan kecantikkan ratu cantic.

  • Organisasi MCW juga akan menjalankan tanggungjawab terhadap komuniti iaitu dengan menderma sumbangan kepada beberapa rumah kebajikkan pada malam ‘Grand Finale’.

LATAR BELAKANG MS. AMELIA LIEW