EKSPLORASA 360 IFTAR RAMADHAN DI RANGKAIAN HOTEL DORSETT & SILKA

May 1, 2019

 

 

Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi, pasukan kulinari di rangkaian hotel Dorsett dan Silka Malaysia betungkus lumus dalam menyediakan hidangan iftar yang ideal sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka untuk seluruh pengunjung dan tetamu yang memilih untuk berbuka di semua rangkaian hotel mereka.

 

Kami di BM turut diberi kesempatan untuk bersama-sama merasai keenakan setiap sajian yang bakal dihidangkan oleh setiap rangkaian hotel Dorsett dan Silka. Jom kita lihat apa yang menarik!

SEMARAK RASA RAMADHAN DI TERAZZA BRASSERIE DAN MELATI, HOTEL DORSETT GRAND SUBANG

 

Bagaikan himpunan 'harta karun' hidangan dari seluruh Malaysia menanti anda. Terdapat lebih dari 100 sajian yang bertukar setiap hari disediakan untuk dinikmati oleh pengunjung yang datang berbuka disini.

 

Hidangan istimewa setiap negeri seperti 'Briyani Gam Johor', 'Dalca Sayur dan Mangga Muda Pulau Pinang', 'Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan', 'Gulai Tempoyak Patin Pahang', 'Sotong Sumbat Terengganu', 'Gulai Kawah Kelantan', 'Rendang Tok Perak' , Ikan Bakar Kuala Perlis', 'Tetel Asam Pedas Melaka', 'Gulai Lemak Pisang Muda Selangor', 'Laksa Sarawak', 'Sup Campur Kedah', Spageti Makanan Laut Sabah', serta hidangan signatur wajib cuba 'Sup Tulang Gear Box', dan 'Kambing Golek Berempah'.

 

 

INFORMASI

Tema: Semarak Rasa Ramadhan 

Tempoh: 6 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Harga: Dewasa - RM165 Bersih di Terazza Brasserie / RM155 Bersih di Melati Room

Early Bird - Dewasa - RM99.90* sehingga 5 Mei 2019  serta baucar diskaun sehingga 25% sehingga stok baucar habis dijual. Penggunaan baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan*

 

Pihak Hotel Grand Dorsett Subang turut menyediakan 'PAKEJ KAREEM' istimewa sempena Ramadhan: bilik termasuk Sahur dan Iftar untuk RM370 Bersih per bilik/seorang. Tempahan boleh dibuat sekarang sehingga 2 Jun 2019 untuk penginapan  bermula dari 8 Mei sehingga 2 Jun 2019. Untuk tempahan sila hubungi +603 50316060 atau emel kepada bookfnb.subang@dorsetthotels.com. Pembelian baucar boleh dibuat secara atas talian di https://dorsettbooking.com/ramadan-overview.php

#BISMILLAH.BAROKAH RAMADHAN @ DORSETT PUTRAJAYA

 

Sekiranya anda terlepas peluang berbuka disini tahun lalu, pastikan untuk anda dapatkan baucar untuk berbuka puasa di Dorsett Putrajaya tahun ini. Kerana  anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati lebih dari 300 jenis hidangan Iftar di Restoran Citra Rasa.

 

Dengan pemandangan indah matahari terbenam, Tasik Putrajaya dan Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin, pengalaman berbuka puasa di Dorsett Putrajaya pasti menjanjikan satu kelainan.

 

Antara hidangan yang pasti menambat selera Ramadhan ini seperti 'Pek Nga Kelapa'dengan Kari Ikan', 'Laksam Kelantan', 'Nasi Kerabu', 'Nasi Lemak Delima dengan Sambal Hijau', 'Lempeng Kelapa', 'Sup Gear Box', 'Bubur Lambuk Istimewa', 'Lemang', 'Nasi Impit', 'Rendang Daging', ' Shawarma Ayam/Kambing dengan Roti Pita', 'Warung ABC', "Aiskrim Turki", 'Aneka Cucur', 'Apam Balik Viral' dan banyak lagi!

 

 

INFORMASI

Tema: #BISMILLAH.BAROKAH RAMADHAN 

Tempoh: 8 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Harga: Dewasa - RM138 Bersih 

Early Bird - Dewasa - RM99.90* terhad kepada 2000 keping baucar sahaja. Penggunaan baucar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan*

 

Tunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin disepanjang Ramadhan ini selepas bersahur dengan menu istimewa yang disediakan di Restoran Citra Rasa. Rebut Pakej Bilik Ramadhan di Dorsett Putrajaya bermula dari RM320 (Bersih) dan keatas untuk 1bilik/malam termasuk Iftar dan Sahur untuk 2 orang. Tempah sekarang sehingga 2 Jun 2019 untuk tempoh penginapan bermula dari 8 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila huhungi +603-8892 8388 atau emel reservation@putrajaya@dorsetthotels.com

MASAKAN BONDA KEMBALI @ DORSETT KUALA LUMPUR


Bonda Kak Shikeen kembali lagi Ramadhan ini di Dorsett Kuala Lumpur dengan sajian 'masakan di rumah' . Kali ini lebih 100 menu berganti setiap hari juga  sebanyak 13 masakan signatur mewakili setiap negeri di Malaysia yang disediakan mengikut resipi asal seperti 'Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negri Sembilan', ' Kambing Panggang Bersama Nasi Arab', ' Kari Kepala Ikan Pulau Pinang', 'Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak', 'Udang Masak Kalio Melaka', 'Ayam Masak Tomato Kedah',  'Daging Salai Dalam Puri Santan' serta banyak lagi.

 

 

INFORMASI

Tema: MASAKAN BONDA KEMBALI 

Tempoh: 10 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Harga: Dewasa - RM98 Bersih / Kanak-Kanak (11 tahun kebawah & Warga Emas 60 tahun keatas bakal menikmati diskaun sehingga 30%

Early Bird - Dewasa - RM88 

 

Untuk pertanyaan dan tempaahan sila hubungi +603-2716 1010 atau emel kepada info.kualalumpur@dorsetthotels.com

SELERA RAMADAN @ LA MAISON SILKA MAYTOWER KL & CURVZ CAFE @ SILKA CHERAS

 

Gabungan hidangan tradisi dan antarabangsa dari seluruh dunia bakal buat anda tenggelam dalam pilihan hidangan berbuka puasa di  Silka Maytower dan Silka Cheras Kuala Lumpur. Antara hidangan yang bakal jadi pilihan tahun ini di Silka Maytower, Kuala Lumpur seperti 'Ekor Asam Pedas', ' Telur Itik Masak Lemak Cili Padi', 'Rendang Daging', 'Rendang Ayam' dan banyak lagi.

 

Sementara itu Silka Cheras mengetengahkan pilihan menu berbuka seperti Kambing Panggang bersama Nasi Briyani', 'Ayam Masam Manis', 'Lala Masak Halia,' serta istimewa 'Aiskrim Malaysia pelbagai Perisa'.

 

 

INFORMASI

Tema: SELERA RAMADAN @ LA MAISON, SILKA MAYTOWER, KUALA LUMPUR & CURVZ CAFE SILKA CHERAS, KUALA LUMPUR

Tempoh: 7 Mei 2019 - 4 Jun 2019

Harga: La Maison @Silka Maytower - Dewasa - RM85 Bersih / RM45 Bersih - Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun / RM60 Bersih - Warga Emas 60 tahun keatas

Curvz Cafe @ Silka Cheras - Dewasa - RM98 Bersih  

Early Bird - Dewasa - RM65 Bersih (1 April 2019 - 3 Mei 2019/ stok baucar habis dijual)

 

Sepanjang Ramadan ini, Silka Maytower, Kuala Lumpur turut mengadakan 'Pakej Penginapan Magical Ramadan' 2 hari /1 malam yang bernilai RM180/seorang. Pakej istimewa ini termasuk penginapan, Bufet Sahur dan Iftar.

 

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :

Silka Maytower, Kuala Lumpur : +603- 2692 9298 atau emel kepada sales.maytower@silkahotels.com

Silka Cheras, Kuala Lumpur : +603- 9100 1133 atau emel kepada sales1.cheras@silkahotels.com

SAJIAN SELERA KAMPUNG @ CHECKERS CAFE & KAPITAN CORNER, SILKA JOHOR BAHRU

 

Briged Dapur di Checkers Cafe & Kapitan Corner Hotel Silka Johor Bahru, bergabung dalam menyediakan menu hidangan berbuka istimewa dengan tema tahun ini, 'Selera Kampung' yang mengumpulkan resipi keluarga chef dari bahagian Utara, Selatan, Tengah hingga ke Pantai Timur.

 

Pilihan hidangan seperti 'Steamboat' dan 'Celup-Celup' hingga ke 'Pasta' dan 'Kambing Panggang', 'Kuzi Kambing' dari Kelantan dan menu pilihan sepanjang masa 'Sup Tulang Rusuk 'Mamak Stlye', pasti membangkitkan selera ketika Iftar nanti.

 

 

INFORMASI

Tema: SAJIAN SELERA KAMPUNG @ CHECKERS CAFE & KAPITAN CORNER, SILKA JOHOR BAHRU 

Tempoh: 7 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Harga:  Dewasa - RM60 Bersih / RM45 Bersih - Kanak-Kanak (6 hingga 12 tahun / RM30 Bersih - Warga Emas 60 tahun keatas  

Early Bird - Dewasa - RM45 Bersih (1 April 2019 - 3 Mei 2019/ stok baucar habis dijual)

 

Selamat Berpuasa dan Menjamu Selera di bulan Ramadhan Al- Mubarak!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon