ZIZAN RAZAK & ISMAIL IZZANI 'BERSERAH'

May 1, 2019

 

Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Zizan Razak, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juga penyanyi rap popular. Bukan sahaja mampu memberikan yang terbaik di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri. 

 

Kali ini Zizan tampil dengan sebuah karya baru berjudul ‘Berserah’ bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini.


Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini adalah kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik juga.


Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,


”Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini  hasil kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar. ”


Lagu ‘Berserah" ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

Artis : Zizan Razak feat Ismail Izzani
Lagu : Berserah
Komposer : Alif
Lyricist: Ariz for Talegas Production

 

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

 

Verse 1

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

 

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

 

Verse 2

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta

 

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ni pilihanku

 

Outro

Satu kali salah, Dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi

Ku berserah, 

Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang ku lakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti, salam. Assalamualaikum

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.