'SEMPURNA SEADANYA' TEMA KEMPEN RAMADHAN & SYAWAL 2019 ASTRO


Kedatangan Ramadan 1440 Hijrah dinantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Di Astro, kehadiran bulan mulia ini disemarakkan dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh bermanfaat menerusi seleksi program hebat di setiap platform naungannya – di televisyen, radio, ruangan digital mahupun menerusi penganjuran aktiviti lapangan (‘on ground’).

Selama lebih dari dua dekad Astro sentiasa berada dekat dengan hati rakyat Malaysia, terutamanya di musim-musim perayaan. Tidak ketinggalan, program-program menarik turut disusun kemas sebagai sajian istimewa di bulan Ramadan ini. Kesinambungan tersebut diteruskan lagi dengan ‘Sempurna Seadanya’, tema yang dipilih untuk melatari kempen Ramadan dan Raya Astro pada tahun ini. Berlandaskan lima teras utama, ‘Keredhaan’, ‘Kasih Sayang’, ‘Kebahagiaan’, ‘Kesyukuran’ dan ‘Jalinan Persaudaraan’, tema ‘Sempurna Seadanya’ dilihat mampu menterjemahkan mesej positif merentasi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, etnik dan agama. Kelebihan dan kekurangan masing-masing wajar diraikan bersama, malahan ia dianggap sebagai faktor pelengkap untuk menjadi lebih baik.

Di Astro, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan, justeru, pemilihan tema ini bertujuan untuk meraikan pelanggan yang selama ini setia menyokong perkembangan syarikat. Bersempena dengan kedatangan bulan yang penuh barakah ini, Astro menghargai pelanggan dengan mengaktifkan beberapa pendekatan termasuklah menerusi sajian kandungan terkini yang padat dengan nilai-nilai murni di setiap platform milik Astro, menawarkan diskaun dan promosi hebat di platform e-dagang, Go Shop, menerbitkan muzik video dan album istimewa nyanyian barisan selebriti di bawah naungan syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment dan menganjurkan pelbagai aktiviti lapangan bersama komuniti setempat.

Istimewa juga di Ramadan tahun ini, Astro menerusi program kesetiaan pelanggan, ‘Astro Rewards’ dan Astro Circle akan menaja lima (5) pasangan bertuah untuk menunaikan hasrat umrah. Mulai 1 Mei – 31 Julai 2019, dengan hanya menjawab satu soalan mudah, pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi ‘Pakej Umrah & Ziarah’ eksklusif bernilai sehingga RM100,000. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Astro Citra & Tayangan Hebat, Emarina Kamal berkata, “Astro sentiasa berusaha dalam menyediakan program-program terbaik dan segar sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap individu. Ramadan tahun ini tidak terkecuali, yang mana kami telah menyusun seleksi program yang sarat dengan mesej-mesej positif yang boleh dijadikan refleksi diri agar kita menjadi insan yang lebih unggul.

Sebanyak 75 program menarik menanti penonton Ramadan ini. Untuk tahun ini, kami menawarkan banyak program-program baharu dengan jumlah keseluruhan durasi tayangan selama 267 jam, yang mana 54% lebih tinggi dari tahun lalu. Merangkumi program-program keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi dan rancangan khas seperti variasi, travelog serta bual bicara, mesej dari tema pilihan tahun ini, ‘Sempurna Seadanya’ disuntik dalam setiap kandungan agar dapat dijadikan santapan rohani penonton.

Selain dari sajian kandungan, kempen Ramadan dan Raya tahun ini lebih sempurna apabila kami turut menyusun pelbagai promosi hebat dan hadiah istimewa khas untuk pelanggan setia Astro. Buat julung kalinya juga, kami akan meraikan 5 pasangan bertuah untuk menunaikan umrah dan mereka hanya perlu melayari www.contests.astro.com.my untuk keterangan lanjut. Jadi, jangan ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan bulan penuh keberkatan ini bersama kami di Astro.”

Platform Televisyen Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, saluran utama berbahasa Melayu memainkan peranan masing-masing dalam menghiasi kalendar Ramadan Astro. Menerusi Pek Famili, penonton Astro Ria akan dihidangkan dengan drama bersiri ‘Curi-Curi Cinta’, yang menampilkan nama-nama popular seperti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza dan ‘Imaan’, lakonan Remy Ishak, Nora Danish dan Fendy Bakry. ‘Imaan’ merupakan drama istimewa di bulan Ramadan ini yang mana ia disiarkan pada slot khas setiap hari Rabu – Jumaat, jam 9.00 malam. Selain dari itu, turut menghiasi saluran Astro Ria adalah program masakan ‘Resipi Mak Esah’ yang menyaksikan gandingan Sherry Al Hadad dan Mira Filzah serta ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ yang mana buat julung kalinya, pengarah sensasi Michael Ang mengambil inspirasi mempersembahkan makanan yang sebelum ini dikenali sebagai tidak halal, namun disediakan menggunakan bahan-bahan masakan halal dan boleh dimakan oleh semua yang beragama Islam.

Pek Mustika turut menyenaraikan program-program segar dan terbaik sepanjang Ramadan ini seperti program meletop 2019, ‘Sepahtu Reunion Al-Puasa 2019’, ‘Stagecom 3 Dara Pingitan’ gabungan Sherry Al Hadad, Scha Al Yahya dan Sharifah Sakinah, dan juga sketsa islamik ‘Ustaz Evo (S2)’ bersama PU Azman (Astro Warna). Menarik lagi, di Astro Citra akan disiarkan drama bersiri ‘U’start Enjin’ yang menampilkan Fattah Amin dan Mira Filzah serta ‘4 Penjuru’, lakonan Sabri Yunus, Fauziah Ahmad Daud dan Dato’ Fizz Fairuz.

Manakala saluran Naura yang turut berada di bawah Pek Mustika akan menampilkan program travelog, ‘Finding Origins: Aliza Kim’. Aliza Kim, anak kacukan Thailand-Amerika merupakan seorang bekas model antarabangsa dan mualaf. Naura akan turut menyiarkan program bual bicara, ‘Cermin Hati Bersama Prof Dr. Muhaya Mohamad’ dan ‘Sembang Sisters’ kendalian instafamous, Bella Zahir.

Saluran gaya hidup Muslim, Astro Oasis turut menghiasi bulan mulia ini dengan program-program hebat. Saluran yang turut boleh dinikmati pelanggan perkhidmatan satelit televisyen percuma, NJOI ini akan menyiarkan program variasi seperti ‘Tanya Cik Man’ yang dihoskan oleh PU Azman dan Rozita Che Wan, program travelog ‘Jejak Adam (S2)’ bersama PU Taha, ‘Door to Door Ebit Liew (S2)’ dan ‘Skuad Dekorasi Amal’ yang melawat dan membantu mengubahsuai pusat-pusat tahfiz terpilih di sekitar negeri Selangor. Selain dari Astro Oasis, saluran Astro Prima yang turut boleh ditonton pelanggan NJOI menyusun program-program khas seperti rancangan masakan, ‘Rasa Nostalgia Ramadan’. Dihoskan oleh chef selebriti, Chef Wan, program ini akan mengimbau kembali kenangan dan masakan kegemaran oleh selebriti tempatan sewaktu bulan Ramadan.

Segmen animasi dan kanak-kanak turut tidak ketinggalan dalam menyemarakkan lagi bulan mulia ini. Animasi Islamik kanak-kanak popular, ‘Omar & Hana’ kembali dengan 30 episod baharu dalam ‘Kisah Omar & Hana’ dan bersiaran di Astro Ceria. ‘Omar & Hana’ turut mengumumkan kolaborasi bersama ‘Siti Khadijah’, ‘Karangkraf’, ‘Toy World’, ‘InTeam Records’, ‘Pearl Sports’ dan