ZIZAN RAZAK & ISMAIL IZZANI 'BERSERAH'


Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Zizan Razak, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juga penyanyi rap popular. Bukan sahaja mampu memberikan yang terbaik di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri.


Kali ini Zizan tampil dengan sebuah karya baru berjudul ‘Berserah’ bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini.

Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini adalah kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik juga.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

”Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini hasil kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar. ”

Lagu ‘Berserah" ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artis : Zizan Razak feat Ismail Izzani Lagu : Berserah Komposer : Alif Lyricist: Ariz for Talegas Production

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku Ku berserah kepada Mu Jika salah silap puncanya aku Ku berserah kepada Mu Tapi ni pilihanku

Verse 1

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

Satu dua kali salah, ada peluang lagi Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

Bukannya tak sedar aku kekhilafan Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku Ku berserah kepada Mu Jika salah silap puncanya aku Ku berserah kepada Mu Tapi ni pilihanku

Verse 2

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku Selagi ada nyawa taubat itu hak aku Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta Itu saja yang ingin ku pinta

Chorus

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku Ku berserah kepada Mu Jika salah silap puncanya aku Ku berserah kepada Mu Tapi ni pilihanku

Outro

Satu kali salah, Dua kali salah Tiga kali sampai berapa kali boleh salah Lumrah manusiawi bila lebih dua kali Takkan kita diberi peluang lagi

Ku berserah,

Bukan cuba tegakkan benang yang basah Yang ku lakukan ini salah tetap salah Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum Jumpa lagi nanti, salam. Assalamualaikum

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.