KONSERT NUR RAMADHAN SEBARKAN MESEJ KEBAIKAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) telah mengadakan persembahan khas bertajuk NUR RAMADHAN pada 27 April 2019 (Sabtu) bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana bermula jam 8.45 malam.


Nur Ramadhan ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan Tahun 2019 yang bertujuan untuk menghayati kelebihan dan kesitimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain serta memperingati beberapa peristiwa besar yang berlaku di bulan Ramadan.


Program ini adalah merupakan persembahan artis-artis nasyid tanahair menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, serta memuji kebesaran Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Nur Ramadhan, dua (2) kumpulan nasyid yang popular masakini, dan empat (4) orang artis lelaki solo telah mengadakan persembahan pada malam tersebut.


Foto Barisan Artis bersama tetamu VIP



Sebelum konsert dimulakan, persembahan pre-show turut disembahkan oleh kumpulan muzik As-Sabil. Kumpulan ini memdendangkan 3 buah lagu ciptaan mereka sendiri. Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti UNIC & Mirwana, serta artis solo seperti Hafiz Hamidon, Akhil Hayy, Lah Ahmad, dan Fitri Haris.


Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh 49 orang pemuzik Orkestra Kuala Lumpur dibawah pimpinan En. Isa bin Ismail dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & amp; percussion.


Selain menyambut kedatangan bulan Ramadan, program ini juga yang berbentuk dakwah. Imam Muda Nazrul, Naib Juara Imam Muda 2011 merupakan seorang yang fasih dalam mengalunkan ayat-ayat Al-Quran di dalam pengacaraannya. Selain itu juga, beliau mampu menarik minat orang ramai dengan mesej-mesej yang sarat dengan kebaikan serta pedoman untuk direnungkan bersama.


Oleh itu program ini berupaya memberikan kesan positif kepada bakal pengunjung yang hadir pada malam tersebut. Persembahan khas ini adalah percuma di bawah program `KL Rhythm Nitez’.

Konsert ini telah diserikan dengan penampilan tetamu kehormat iaitu Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya, YBrs. Puan Khairiah binti Talha. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di talian 03-22763327 / 019-9883172 atau melalui email ykatofficial2018@gmail.com.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.