RICHWORKS SASAR BANTU 10,000 ORANG UNTUK UBAH HlDUP SEMPENA MERDEKA 2019

May 5, 2019

 

 

"RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh 'Ubah Hidup' dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes."


 

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HlDUP 2019 - KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES  secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC).

Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

 

Dr. Azizan dalam himpunan peserta pada satu sesi seminar "10X Grow Biz Richworks" yang diadakan pada Sabtu lalu

di Dewan Wawasan Convention Centre, Menara PGRM, Cheras

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh 'Ubah Hidup' dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, 'P
rogram Nak Ubah Hidup' yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.

"Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja. ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini."

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

 

"Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.“

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program lntensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa." kata Azizan lagi. 

 

Penyertaan ke seminar 'Nak Ubah Hidup' akan ditutup pada bila bila masa. Richworks International Sdn Bhd turut berbesar hati menaja 1,000 tiket percuma kepada 1000 peserta pertama yang mendaftar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-300-88-2424 atau layari laman sesawang www.nakubahhidup.com atau emelkan kepada inquiries@richworks.com.my . Maklumat berhubung seminar juga boleh diperolehi di platform sosial media:

 

Facebook :https://www.facebook.com/RichworksGroup/

FB Page      :https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

Twitter      :https://twitter.com/richworks_group

Instagram :https://instagram.com/azizanosmanofficial/

Youtube    :https://www.youtube.com/channel/UCrfKlgYU1AsoRVkpy6HLbZw

GALERI | SEMINAR '10X GROW BIZ RICHWORKS' DI DWC, MENARA PGRM

 

 

 

TENTANG DR. AZIZAN OSMAN

 

Dr. Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. 

 

Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.

 

Sejak 2008, Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas & Pengerusi Eksekutif. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

 

Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon. Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer selebriti yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.

 

Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 300 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini mencecah lebih RM500 juta setiap tahun.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.