NAQI & AYUNI JUARAI PROGRAM LAGU CINTA KITA

May 6, 2019

 

Program Lagu Cinta Kita sudah pun melabuhkan tirainya dengan meraikan kemenangan Naqi & Ayuni yang telah dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir, sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000. Pasangan ini turut menerima sebuah trofi, telefon bimbit Huawei Nova 4, bekalan produk Rexona tanpa had selama setahun, serta minuman McCafe secara percuma selama setahun, dan juga barangan eksklusif McCafe. Selain itu, mereka juga menerima kontrak bersama Media Prima Berhad. 

 

Kemenangan Naqi & Ayuni ini bermakna mereka berjaya menewaskan 3 pasangan lain, di mana gelaran naib juara disandang oleh Adam & Nadia, tempat ketiga menjadi milik Hafeez & Naufa, manakala tempat keempat pula jatuh kepada Erul & Sarah. Ketiga-tiga pasangan ini memenangi barangan eksklusif dari McCafe berserta sebuah trofi. 

 

Selain dinobatkan sebagai naib juara, pasangan Adam & Nadia turut memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 serta bekalan produk Rexona tanpa had selama setahun setelah dipilih sebagai “Pasangan Pilihan Rexona”. Anugerah khas ini telah dipersembahkan oleh Rexona selaku penaja bersama kepada pasangan yang menonjol dan paling serasi sepanjang perjalanan mereka dalam program ini. 

 

Menurut Encik Johan Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Sejujurnya kami amat bangga dan kagum dengan kesemua pasangan yang telah berjaya mempamerkan bakat masing-masing menerusi program Lagu Cinta Kita ini. Bukan mudah untuk membuat persembahan di khalayak ramai bersama seseorang yang tidak kenali. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pasangan ternyata menjadi kerana kami dapat melihat keserasian dan transformasi setiap pasangan yang mempunyai cita-cita untuk menjadi pasangan duo setanding Ernie Zakri dan Syamel. Bagi saya, mereka yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir sudah pun menjuarai hati para penyokong.”

 

“Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penonton setia yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada program ini dan masih lagi bersama kami hingga ke pusingan akhir. Tidak lupa juga kepada penaja utama iaitu Huawei Nova 4 & 4E, serta Rexona dan McCafe selaku penaja bersama yang sama-sama menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini tidak akan terhenti di sini sahaja dan kami berharap untuk berkolaborasi lagi pada masa akan datang, insya Allah,” ujar Encik Johan lagi.

 

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan siaran serentak di YouTube TV3 Malaysia & TV3 semalam, pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang, pusingan akhir Lagu Cinta Kita menampilkan Syafiq Kyle sebagai juri jemputan, di mana beliau telah menilai persembahan setiap pasangan bersama-sama juri tetap iaitu Hael Husaini dan Scha Alyahya.  Berikut adalah senarai pasangan dan lagu yang disampaikan:

Lebih menarik lagi, para penonton juga dihiburkan dengan persembahan penutup oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang menyampaikan lagu berjudul “If I Ain’t Got You” (Alicia Keys), sebelum pengumuman keputusan dibuat.

 

Berbeza dengan konsert mingguan sebelum ini, keputusan persembahan setiap pasangan di pusingan akhir terletak kepada jumlah markah undian dari juri tetap (60%) dan juri jemputan sebanyak (20%) dari juri awam di studio, manakala lagi 20% dari undian penonton menerusi laman web rasmi www.xtra.com.my/lagucintakita. Undian pula dibuka dari awal sehingga kesemua persembahan tamat. 

 

Lagu Cinta Kita yang dihoskan oleh Nana Mahazan ini dibawakan khas oleh Huawei Nova 4 & 4E, pengalaman swafoto yang menakjubkan, Rexona; kesegaran dengan setiap pergerakan anda dan dihangatkan oleh McCafe. Krew penerbitan Lagu Cinta Kita pula diketuai oleh Tengku Sahilawati Tengku Johari (Boboy) selaku Penerbit Eksekutif, dan Aeizul Reza (Bundle) sebagai penerbit merangkap pengarah.

 

Tahniah kepada Naqi & Ayuni! Hangatkan lagi perbualan di platform media sosial anda dengan #LaguCintaKita. Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram @TV3malaysia.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.